Baby Dhia Menderita Sakit Neonatal Stroke


Baby Dhia Menderita Sakit Neonatal Stroke


MarhaenMY - Kalimatussyakdiyah binti Sidat
Kota Tinggi, Johor
Published: Jun 05, 2022
100%
RM 5,000.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
500.0
Lot Telah Terbeli
232
Penyumbang
3,551
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Luluh hati seorang ibu apabila anak perem­puannya yang sebelum ini aktif tiba-tiba terlantar akibat penya­kit neonatal stroke, seminggu sebelum sambutan Aidilfitri. Neonatal stroke ialah satu keadaan di mana otak bayi me­ngalami hipoksia (kekurangan oksigen) akibat sumbatan pada pembuluh darah. Kalimatussyakdiyah Sidat, 36, berkata, penyakit anaknya Dhia Carissa Azizi yang baru sahaja berumur 2 tahun telah dikesan doktor ketika masih dalam kandungan dan pasukan perubatan turut memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak mempunyai pe­luang untuk hidup. “Ketika itu usia kandungan saya lima bulan dan kami hanya tawakal sahaja ketika itu.

 

 

“Namun, kuasa Allah tiada siapa boleh melawan, ajaibnya bayi kami selamat dilahirkan dan sepanjang dua tahun kelahirannya, Dhia sangat aktif seperti kanak-kanak seusianya meskipun perkembangannya agak lambat,” Luah Kalimatussyakdiyah yang juga guru literasi, kesihatan Dhia merudum selepas diserang demam dan sawan pada penghujung Ramadan lalu dan dia terpaksa merujuk keadaan anaknya ke hospital selepas kesihatannya tidak pulih selama seminggu. Jelasnya, lebih memeranjatkan selepas ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dilakukan, bahagian otak kanan Dhia dikesan telah dipenuhi air dan ia menghimpit sebahagian otak kirinya menyebabkan berlaku masalah saraf.
 

“Memang kami tidak me­nyangka bahawa air telah memenuhi bahagian kanan otaknya kerana kepalanya tidak membesar bahkan memang doktor berpesan agar sentiasa perhatikan ukur lilit kepalanya. Mungkin demamnya menjadi asbab untuk kami tahu keadaan terkini pe­nyakitnya,” luahnya sebak. Tambahnya, selepas 10 hari dirawat dan menyambut Syawal di hospital, Dhia dibenarkan pulang ke rumah, namun tidak boleh tidur di tilam dan hanya boleh melelapkan mata apabila ditolak di dalam kereta sorong bayi. “Sejak keluar hospital Dhia susah untuk tidur mungkin kerana menahan sakit. Jadi cara untuk tidurkan dia hanya dengan cara menolaknya di dalam kereta sorong. Kadang kala hampir dua jam juga menolak barulah dia dapat lelapkan mata. “Doktor juga telah memakaikan dia tiub saluran untuk memudahkan Dhia minum susu. Kami amat merindui keletah Dhia, malah abang-abangnya juga sering sahaja bertanya bila adik mereka akan kembali sihat,” katanya.

 

kredit : Kosmo 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Eca  RM150.00
First Contribution
Nadia  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

500.0

Lot Telah Terbeli

232

Penyumbang

3,551

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM120.00
Top Contribution
Eca  RM150.00
First Contribution
Nadia  RM10.00