Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Stroke Selepas Kehilangan Suami


Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Stroke Selepas Kehilangan Suami


MarhaenMY - Nur Yasmin Bt Ab Khahar
Raub, Pahang
Published: Jun 05, 2022
71.43%
RM 2,560.00 RM 3,500.00


100.0
Baki Lot Diperlukan
256.0
Lot Telah Terbeli
93
Penyumbang
1,970
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang ibu tunggal yang baru kehilangan suami pada Feb­ruari lalu akibat sakit jantung diuji pula dengan serangan strok yang menyebabkan bahagian badannya lemah sehingga tangan kanan tidak dapat diangkat. Noraini Jaafar, 52, yang tinggal di Kampung Temau di sini ber­kata, strok yang dideritainya sejak Ramadan lalu membuatkan dia buntu untuk mencari nafkah bagi menyara lapan orang anaknya yang berumur antara 14 hingga 30 tahun. “Kematian suami menyebabkan saya mengambil alih semua tugas dengan melakukan kerja kampung. Kini saya diuji pula dengan penyakit angin ahmar sejak bulan puasa lalu.

 

 

“Ia menyebabkan tangan kanan saya tidak boleh diangkat, malah anggota badan sebelah kanan juga lemah yang membataskan pergerakan dengan hanya menggunakan bantuan tongkat,”. Noraini berkata, dia yang sebelum ini menghidap penyakit darah tinggi diserang strok selepas terjatuh di bilik air ketika hendak mandi pada Ramadan lalu sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut. Katanya, selepas lima hari dirawat di hospital, doktor mengesahkan dia menghidap strok dan dia perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Lipis secara berkala. “Sehingga kini saya masih lemah dan cuma minum susu khas melalui saluran tiub yang dipasang melalui hidung dan pergerakan hanya dibantu oleh anak serta menggunakan tongkat. “Saya buntu kerana tiada mempunyai pendapatan, sedangkan anak-anak masih belum bekerja dan ada yang bersekolah. Saya mengharapkan bantuan pihak tertentu untuk tujuan rawatan ini dan perbelanjaan lain,” ujarnya.

 

Kredit : Kosmo

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM20.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Ramli  RM10.00

100.0

Baki Lot Diperlukan

256.0

Lot Telah Terbeli

93

Penyumbang

1,970

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Aisyah  RM20.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Ramli  RM10.00