Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa menanggung penderitaan pada usia muda akibat mengalami penyakit psoriasis pustular yang menyebabkan seluruh badan menjadi kemerahan selain kulitnya mengelupas. Lebih menyedihkan apabila penyakit itu akan menjadi teruk menjelang malam menyebabkan Muhammad Izzat Rafael Zulnazmi terpaksa menanggung rasa gatal dan tidak dapat tidur terutamanya ketika suhu badan menjadi panas. Menurut ibunya, Fatin Suhana Mohd Zamri, 26, penyakit kulit tersebut dialami anak kedua daripada dua beradik itu sejak dia berusia sebulan.
Dia tidak boleh terkena cuaca panas kerana akan cepat berpeluh. Jika berpeluh badannya akan menjadi kemerah-merahan dan berbiji-biji. Muhammad Izzat Rafael akan merengek sebab kegatalan. Setiap hari badannya perlu disapu dengan krim pelembab bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Bila kering, kulitnya pula akan menjadi keras dan mudah berdarah. Fatin berkata, doktor menjelaskan penyakit kulit tersebut adalah penyakit genetik, namun dia mendapati tiada seorangpun daripada keturunan sebelahnya atau suami yang mengalami masalah tersebut. Menurutnya, anak sulungnya berusia lima tahun pula tidak mengalami masalah kulit tersebut dan boleh ke sekolah seperti biasa.Pelbagai jenis rawatan telah dilakukan termasuk kaedah moden, tradisional dan Islam, namun masalah kulit anak saya tetap sama sejak lebih setahun lalu.
Saya pernah mendapat rawatan perubatan Islam tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan memang berkesan selama tiga hari, namun selepas itu jadi balik,” . Bagaimanapun, disebabkan kos rawatan yang mencecah RM800 sekali sesi, ia memberikan beban kepada suaminya, Zulnazmi Che Ismail, 28 yang bekerja sebagai pesawah dengan pendapatan RM1,200 sebulan. Menurutnya, anaknya kini bergantung kepada ubat dan pelembab yang diambil di klinik swasta dengan kos RM500 sebulan. Kredit : Kosmo
22/7 ni saya nak turun KL ambik ubat Izzat dekat klink swasta Ranjit Singh, ubat sana paling mahal sebab sekali ambik dalam RM700 kena bayar. Kos nak pergi tu agak berat la untuk kami sebab 2 minggu sekali turun. Anak memang tak boleh putus pakai ubat sebab kalau tak nanti auto akan jadi naik balik. Dan ubat tu memang bertahan 2 minggu sahaja. Dan saya tak dapat bantuan daripada Zakat/JKM. Saya memang ulang alik ke klinik sana la dan saya akan jumpa dengan Datin Eina Azman dekat sana. Dia yang uruskan ubat2 tu. Datin tolong bawa jumpa doktor tu, awal-awal tu memang doktor tu reject sebab keadaan Izzat teruk sangat. Bila datin pujuk, tu yang doktor pun kata boleh. Datin recommend dekat situ memang terbaik. Saya kena sewa kereta kalau nak pergi mana2. Selalu saya sewa 2 hari sebab sehari RM100. Saya pergi 2 minggu sekali RM500 lebih kena ada di tangan. Khamis petang kami tolak dari kedah. Hari jumaat pukul 2 pagi baru sampai rumah. Saya memang tak ada kenderaan selain motor dan kereta akan sewa dengan orang.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.