Masalah saya ialah sekarang saya merupakan seorang ibu tunggal . Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Suami saya tiada dengan saya kerana dia sudah pun dengan perempuan lain, dah enam bulan yang lepas dia sudah keluar dari rumah dan tiada dengan kami. Saya pun sekarang tiada kerja yang tetap dan masih mecari sehingga sekarang. Kalau ada terima tawaran pun tiada yang dapat pengasuh yang nak jaga anak saya. Sekarang saya kerja sabtu dan ahad sahaja sebagai seorang partime cleaner je kerana time hari sabtu ahad , anak saya yang besar itu cuti tak sekolah , jadi dialah yang jaga adik- adik dia .
Dua hari kerja tu saya peroleh gaji sebanyak RM200 je cik. Agak susah untuk saya sekeluarga meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang agak kecil itu untuk guna duit itu rolling keluarga saya, Anak yang paling besar pun baru sahaja berumur dalam 6 tahun pergi tadika lagi and anak saya yang kecil masih minum susu dan pakai pampers. Sebelum ini pun saya tidak mendapat mana mana bantuan lagi daripada mana mana pihak. Untuk bil bil keperluan dan sewa rumah saya gunakan duit gaji mingguan saya tu. Saya hanya perlukan bantuan dari segi kewangan untuk saya teruskan kehidupan bersaman anak anak saya untuk saya beli keperluan mereka dan barang barang saya di rumah .
Keadaan saya sekarang sangat susah juga. Tak siapa pun nak tolong, saya seorang je cik tanggung semua. Lagi saya sekarang tak pergi kerja cik sebab anak saya di quarantine kat rumah. Anak sulung saya kena covid positive. Sekarang kita satu family di quarantine. Family saya ada cik tapi seorang tak ada yang tolong saya. Kalau tanya duit pun dia orang tak nak bagi. Sampai saya rasa zaman sekarang orang luar lagi better sangat daripada family. Sewa rumah saya sebulan RM124 dan ada tunggakan sebanyak RM800.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.