Seorang suami terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar akibat menghidap kanser usus tahap tiga selepas diserang strok Cerebrovascular Accident sejak bulan Mei yang lalu. Keadaan itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohammad Ho Kong Wah Abdullah, 70, dan Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah, 69, terpaksa mencatu makanan ekoran kesempitan wang. Amirah berkata, dia kasihan dengan suami kerana terpaksa menjaganya walaupun lelaki itu turut menghidap masalah jantung, gout dan darah tinggi. Suami terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi minggu lalu sebab perlu beri perhatian sepenuhnya terhadap saya. Lebih memilukan, dia dan suami kini terputus mata pencarian dan terpaksa berharap ihsan pihak Masjid Sungai Ramal Luar, bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Kanser Nasional yang selama ini menyalurkan sumbangan wang tunai secara bulanan sebanyak RM500. Isterinya memang tak bekerja sejak dari dulu lagi dan mereka berdua tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan mereka.
Kredit : Kosmo
Bagaimanapun, apabila keadaan semakin teruk, memang kami tiada langsung duit baki setiap bulan. Malah keperluan saya semakin banyak apabila perlu memakai lampin pakai buang sebab agak sukar untuk bergerak ke tandas dalam keadaan sebahagian badan kiri saya lumpuh. Sekarang ini mahu makan pun kena catu, tengok apa sahaja yang ada. Dalam seminggu ini hanya makan roti atau biskut kering kerana itu yang kami mampu. Jelasnya, perbelanjaan bulanannya ketika ini memerlukan sekitar RM1,000 sebulan bagi membeli ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan lain. Apabila dihitung, memang tidak cukup. Ihsan orang sekeliling sahaja kami harapkan, tapi kami berdua tetap reda dengan semua ini. Amirah ni buat rawatan di ikn and hospital serdang.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.