Saya merupakan seorang ibu tunggal yang bercerai hidup dengan suami saya . Sekarang saya masih tidak berkerja dan masih juga sedang mencari kerja. Saya ada dua orang anak yang berumur 1 tahun 9 bulan dan seorang lagi 5 bulan. Sekarang pun saya sekeluarga masih menumpang rumah saudara saya sejak sebulan yang lepas akibat tidak mampu untuk menyewa mana mana rumah buat masa ini disebabkan saya tiada pendapatan yang tetap. Untuk buat masa sekarang , saya amat memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk saya membeli keperluan pampers dan susu untuk anak saya . Saya sangat memerlukan susu dan pampers untuk anak saya dua orang ni. Yang sulung setahun 9 bulan dan sorang lagi berusia 5 bulan .
Saya harap sangat dapat beli keperluan tu untuk anak anak saya since sekarang ni saya pun tiada pendapatan. Dah dua hari anak saya tidak dapat minum susu botol. Saya dah buntu, nak tinggal anak dekat pengasuh pun kena prepare duit siap siap and bayar dulu .Sebelum ni saya pernah bekerja Ketika saya masih lagi bersama suami. Saya bekerja di sebuah restoran sebagai tukang ambik order and basuh pinggan sahaja. Alhamdulillah gaji saya tu dapatlah jugak saya tampung beli keperluan rumah and keperluan anak saya tetapi kini tidak lagi. Anak saya pakai pampers size XL dan M . Untuk susu pula, anak saya minum susu dutch lady 123 dan dutch baby 0-12. Sebelum ini saya tidak pernah mendapat mana mana bantuan lagi .
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.