Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Sakit Saraf Serta Buah Pinggang Kronik


Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Sakit Saraf Serta Buah Pinggang Kronik


MarhaenMY - Aini Binti Hj. Md Isa
Gurun, Kedah
Published: Jun 12, 2022
73.43%
RM 2,570.00 RM 3,500.00


93.0
Baki Lot Diperlukan
257.0
Lot Telah Terbeli
68
Penyumbang
1,586
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang suri rumah terpaksa mengharapkan bantuan kewangan daripada saudara-mara dan jiran untuk membeli barangan keperluan ibunya yang terlantar sakit akibat penyakit saraf serta buah pinggang kronik sejak Februari lalu. Nor Asyiqin Wahid, 39, yang sebelum ini menetap di Sungai Lalang di Sungai Petani bersama suami dan dua anaknya kini terpaksa berpindah ke rumah ibunya, Aini Md. Isa, 65, di Taman Gurun Jaya di sini. Menurut Nor Asyiqin, ibunya memerlukan penjagaan rapi kerana tidak boleh menguruskan diri sendiri akibat penyakit saraf itu selain sedang menjalani rawatan hemodialisis di rumah.Saya memerlukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk membeli susu, lampin pakai buang, ubat-ubatan dan beberapa lagi keperluan lain. Ibu saya mengalami masalah tiada selera makan menyebabkan saya terpaksa membeli susu khas yang berharga RM10 sekotak dan perlu diminum dua kotak setiap hari.

 

 

Menurutnya, selain itu, ibunya juga memerlukan bantuan sebuah katil mudah alih atau katil hospital untuk memudahkan urusan hariannya. Jiran-jiran di sini ada bantu untuk dapatkan bantuan katil hospital yang diwakafkan, namun masih belum ada kekoso­ngan. Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, sebelum ini ibu­nya menyara hidup dengan bayaran pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah bapanya RM500 sebulan. Ujarnya, sebelum ini juga perbe­lanjaan ibu dibantu oleh abang sulung, Mohd Azizi, 43, yang be­kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Gurun dan adik perempu­an, Nor Hidayah, 34, yang bekerja sebagai pegawai bank di Alor Setar. Bagaimanapun, kehidupan abang dan adik saya itu juga diuji apabila mereka turut menderita sakit akibat mengalami slip disc (tulang rawan tergelincir) sejak setahun lalu.  Disebabkan itu, kata Nor Asyiqin, adiknya terpaksa berhenti kerja sebagai pegawai bank, manakala abang pula hanya bergantung kepada gaji asas.

 

Kredit: Kosmo 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Syaffi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00

93.0

Baki Lot Diperlukan

257.0

Lot Telah Terbeli

68

Penyumbang

1,586

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Syaffi  RM10.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Maz  RM30.00