Bantuan Buat Ain Yang Menjaga Ibu Tenat Di ICU Dan Melupakan Hasrat Untuk Ke Sekolah


Bantuan Buat Ain Yang Menjaga Ibu Tenat Di ICU Dan Melupakan Hasrat Untuk Ke Sekolah


MarhaenMY - Nur Ain Nayueinie Binti Azian
Gua Musang, Kelantan
Published: Jun 16, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
134
Penyumbang
2,559
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Seorang pelajar terpaksa melupakan hasrat untuk ke sekolah buat seketika selepas dia perlu fokus menjaga ibunya yang sakit tenat sejak tiga bulan lalu akibat menghidap penyakit radang sendi atau systemic lupus erythematosus (SLE). Ain Nayuni Azian yang berusia 16 tahun itu, yang juga pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra di sini berkata, ketika ini, dia hanya mahu sentiasa berada di sisi ibunya, Norli Mohd. Adnan, 37, yang disahkan mengidap penyakit itu sejak 12 tahun lalu. Katanya, keadaan ibunya kini semakin tenat dan akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut tidak lama lagi. Saya sendiri secara sukarela ingin menjaga ibu yang kini terlantar sakit di hospital. Ibu memerlukan perhatian setiap masa terutama untuk menukar lampin pakai buangnya dan memberikan susu khas. Ayah saya, Azian Rozi yang berusia 42 tahun, yang berkerja sebagai buruh kampung pula perlu mencari rezeki untuk keluarga dan membeli barang keperluan ibu.

 

Ain Nayuni memberitahu, ibunya juga bergantung kepada susu yang diberikan melalui tiub selain perlu menukar lampin pakai buang sebanyak empat kali sehari. Setiap bulan, ibu perlukan empat atau lima tin susu khas, lebih tiga beg lampin pakai buang dan tisu basah yang digunakan untuk membersih badannya. Kesemua keperluan itu memerlukan kos sebanyak RM500 sebulan. Perbelanjaan ini belum lagi untuk keperluan kami empat beradik yang masih bersekolah. Nasib baik ibu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun belum cukup untuk membeli barangan keperluan. 

 

Kredit:KOSMO

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Azrina  RM350.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Na  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

134

Penyumbang

2,559

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Azrina  RM350.00
Top Contribution
AA  RM500.00
First Contribution
Na  RM20.00