Bantuan Untuk Adik Faris Sembuh Dari Barah Hati


Bantuan Untuk Adik Faris Sembuh Dari Barah Hati


MarhaenMY - Siti Famiza Bt Bahari
Alor Setar, Kedah
Published: Jun 18, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
123
Penyumbang
1,717
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Apabila anak menangis, saya pun turut menangis malah dapat rasakan kesakitan ditanggungnya kerana dia perlu melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi disebabkan barah dihidapinya walaupun masih kecil. Menurut Siti Famiza, 32, anak bongsunya, Muhammad Faris Naufal Mohd Fairul Ridzuan yang baru sahaja berumur 2 tahun disahkan menghidap barah hepatablostma (kanser hati) pada Mac lalu selepas bahagian perut kanan mengeras. Muhammad Faris Naufal dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan hasil ujian imbasan sinar X, doktor mengesahkan kanak-kanak berkenaan menghidap penyakit itu.

 

Anak sepatutnya aktif bermain namun dia diuji dengan barah hati. Kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kami perlu berulang-alik ke sana untuk temu janji dengan doktor.  Siti Famiza berkata, Muhammad Faris Naufal sudah menjalani tujuh rawatan kemoterapi di HPP dan dijangka menjalani pembedahan untuk membuang separuh daripada hatinya pada Julai. Sebelum ini, saya mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumah dan bolehlah membantu suami menambah pendapatannya sebagai pekerja di bengkel membaiki kenderaan.Tetapi, sejak anak sakit, saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muhammad Faris Naufal serta anak sulung, Nur Fariza Najla yang berusia lima tahun di rumah. Nur Famiza berkata, ada kalanya mereka berdepan masalah kewangan malah perlu mengeluarkan belanja lebih untuk membawa Muhammad Faris Naufal ke HPP dengan kos sekitar RM300.

 

Katanya, dengan sewa rumah RM500 selain kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan dia dan suami buntu memikirkan sumber kewangan untuk rawatan Muhammad Faris Naufal. Jika Muhammad Faris Naufal dimasukkan ke wad HPP, kami perlu berjimat kerana wang yang ada digunakan untuk membayar bil hospital dan sebagainya. Jika ada yang hendak membantu, kami bersyukur sangat kerana tidak tahu mana lagi hendak mencari wang memandangkan Muhammad Faris Naufal perlu minum susu formula khas selain menggunakan lampin pakai buang setiap masa.

 

Update 27 / 06 / 2022

Assalamualaikum harini faris naufal jumpa pakar bedah dah..doktor dah terangkan 6/7/2022 ni nak buat pembedahan faris..so doktor bagitau hati dia sebelah kanan akan dia buang.. Tinggal hati sebelah kiri ja tapi semasa operate nanti kalau la sel knser tu ada jugak tinggl kat hati sebelah kiri.. Kemungkinan akan dibuang jugak la sikit.. tapi hati tu nanti akan naik balik la.. Dari segi CT scan dan ultrsound.. Saluran darah dia ada perubahan la selepas dia jalani kimo.. Sebelum dia kimo saluran darah ada lah tersumbat.. Tapi sekarang dah stabil dah.. Saya mohon doa supaya operate nanti faris selamat dengan cepat sembuh..

Faris 5/7 dah nak masuk wad balik.. sebab 6/7 dah nak buat operate.. Saya mintak mohon doa semua yang operate anak saya dipermudahkan.. Haritu dia da keluar wad 20hb lepas hanis kimo.. Dia memang keluar wad duk ulang ke hospital Alor Setar.. Doktor nak pantau darah dia.. Dia kena cucuk neupogen.. Darah putih dia kurang.. tapi alhamdulillah dah ok darah dia.. Dan alhamdulillah dia lepas keluar wad selera makan dah ok cuma ada batuk sikit ja.. Dia pun dah mula aktif balik dah.. Saya ada mohon bantuan zakat / jkm tapi belum diluluskan dan tak tahu berapa lama kena tunggu proses. Kimo dia dah 3 bulan dalam RM550.. Pendapatan suami pulak RM1200.

 

Update 11 / 07 / 2022

Dia dah selamat operate dan dah 5 hari dalam picu. Semalam baru keluar. Sekarang ni dia okay, cukup bp dia kejap naik kejap turun. Tapi doktor tak bagi balik lagi sebab nak tengok keadaan dia dulu macam mana kan. Saya pun tak tahu lagi berapa lamaa lagi nak kena duduk dekat hospita. 5/7 haritu dah masuk sampailah lepas operate ni belum lagi balik.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Dawun  RM100.00
Top Contribution
Hakim  RM210.00
First Contribution
Norizan  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

123

Penyumbang

1,717

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Dawun  RM100.00
Top Contribution
Hakim  RM210.00
First Contribution
Norizan  RM10.00