Saya sekeluarga dalam kesusahan sekarang dan memerlukan bantuan kerana saya baru sahaja habis kontrak kerja sebagai seorang tukang ambik order di kedai makan sahaja. Buat masa sekarang ni, saya masih tidak bekerja disebabkan anak saya yang sakit dan perlukan perhatian dan penjagaan yang lebih daripada saya, hanya suami je yang bekerja di kilang sebagai operator tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan kami sekeluarga.
Anak saya sakit sejak lahir tetapi masih belum buat apa apa operation disebabkan saya sendiri tidak mampu dan kami pun hanya menjalani rawatan susulan tanpa bertanyakan doctor kos untuk pembedahan disebabkan kos keperluan kami yang agak tidak mencukupi buat masa sekarang. Anak saya seorang sahaja dan berusia 1 tahun 4 bulan ini menghidap cyst otak dari sejak lahir dan sekarang masih menjalani rawatan susulan di Hospital Kulim tetapi untuk pembedahan masih tidak tahu hospital mana yang harus anak saya pergi nanti . Saya juga mempunyai tunggakan bil api dan air dan juga rumah sewa sebanyak RM200 macam tu. Saya juga memerlukan bantuan kewangan untuk membeli pampers anak.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.