Assalamualaikum. Disini saya ingin memohon bantuan derma kilat daripada tuan puan bagi membantu kelangsungan hidup saya, isteri dan anak. Untuk makluman tuan puan, saya tidak dibayar gaji oleh syarikat tempat saya bekerja dari bulan April 2022 hingga Mei 2022.. Justeru itu pada 19 Mei 2022 saya diberhentikan kerja kerana saya bertanyakan hal gaji saya itu. Tapi alhamdulillah pada 1 Jun 2022 saya mula bekerja di tempat baru sekitar Selayang. Semoga ada pihak tuan puan dapat membantu saya untuk survive sehingga saya dapat gaji. Terima kasih banyak2. Bantuan yang akan diterima dari penyumbang akan digunakan untuk makan minum, pergerakan pergi dan balik kerja, termasuk barangan bayi.
Saya bekerja di hotel sebagai security. Baru mula kerja bulan Jun ini. Company sekarang yang baru saya mula kerja adalah RHR Hotel. Tu mula2 kerja di cyberjaya dan kemudian ditukar kan ke sentul. Syarikat yang saya bekerja sebelum ni gaji dari mula kerja tak pernah dibayar dengan betul. Setiap bulan ada kurang lebih kurang RM400 hingga RM600 sebulan. Dan 2 bulan terakhir lebih teruk cara bayaran gaji. Bil api ada tunggakan sikit, ansuran bulanan motor juga ada tunggakan 2 bulan. Sekarang saya 1 family hanya bergantung hidup dengan sedikit baki yang ada dalam akaun bank .. Dalam akaun bank untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 je.
Makan minum, pampers bayi, tunggakan ansuran motosikal, bil elektrik pun ada tunggakan sebab musibah dua bulan sebelum ini. Tunggakan sewa bilik je Ada dua Bulan.. sewa bilik 2bulan.
PECAHAN KEPERLUAN DAN TUNGGAKAN YANG DI PERLUKAN UNTUK 26 HARI
1) Perbelanjaan harian (makan, minum, perjalanan pergi balik kerja) : RM 650
2) Tunggakan ansuran motosikal nak masuk 3 bulan : RM 600
3) Keperluan anak (Pempers, Susu) : RM 100
4) Tunggakan bil elektrik Dan utiliti 2 Bulan : RM 150
5) Tunggakan Sewa bilik 2 Bulan : RM 700
JUMLAH YANG DIPERLUKAN: RM 2,200
Tunggakan motosikal tiada apa2 dokumen sebab semua by call dari kedai motor kepada saya bila dah bayar baru akan dikeluarkan resit bayaran. Tunggakan bil elektrik pun tiada sebab owner dah bayarkan dulu .Kira nya berhutang dengan owner rumah, tunggakan sewa bilik juga tiada dokumen, sebab apa2 owner akan call tanya dah ada duit belum untuk bayaran sewa.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.