Tiga Anak OKU Bukan Penghalang Kehidupan


Tiga Anak OKU Bukan Penghalang Kehidupan


MarhaenMY - Mohd Ridhwan Bin Ibrahim
Ajil, Terengganu
Published: Jun 20, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
98
Penyumbang
1,761
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Biarpun serba kekurangan, sepasang suami isteri tetap tabah membesarkan tiga daripada lima anak mereka yang merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU). Nur Fazida Mokhtar, 45, berkata, anak keduanya, Muhammad Daniel Hakim Mohd. Ridhwan, 13, dan ketiganya, Nur Fatin Qalisha, 12, disahkan OKU masalah pembelajaran sejak mereka berusia lapan tahun. Lebih menguji mereka suami isteri, anak keempat, Muhammad Daniel Harraz, 9, pula menghidap penyakit Celebral Palsy sejak lahir.
 

Penyakit itu (Celebral Palsy) menyebabkan Muhammad ­Daniel hanya terlantar di atas katil selain mengalami masalah usus tersumbat. Ia menyebabkan dia kerap demam dan kurang selera makan sehingga berat tubuhnya hanya 10 kilogram (kg) biarpun sudah berusia sembilan tahun. Katanya, Muhammad Daniel perlu menjalani pembedahan usus, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan beratnya tidak pernah mencapai 15kg, minimum kelayakan untuk menjalani prosedur pembedahan.
 

Dia minum susu khas dan bubur nasi yang dikisar halus. Kos susu khas dan lampin pakai buangnya cecah RM500 sebulan. Dua anak OKU saya juga masih perlu dibantu menguruskan diri walaupun semudah memakai baju. Nur Fazida berkata, suami­nya, Mohd. Ridzwan Ibrahim, 45, cuma bekerja kampung dengan purata pendapatan sebanyak RM500 sebulan dan kerap di­serang penyakit gout dan tekanan darah tinggi. Mujur anak kedua dan ketiga saya menerima bantuan persekolahan RM150. kredit : KOSMO 

 

Update 29 / 08 / 2022

Pampers dan susu anak sahaja kadang-kadang tak dapat nak beli. Anak saya OKU 3 pack pampers size besar sebulan dan susu 5 kotak sebulan. Saya ada dapat bantuan Zakat. JKM saya tak dapat tapi dapat Maidam setahun sekali. Keperluan asas tu memang tak cukup tapi syukur kami masih cukup-cukup makan sebab saya seorang sahaja yang bekerja. Untuk rumah pulak dulu kami menyewa sekarang Alhamdulilah dah duduk rumah sendiri atas bantuan adik-beradik lain yang buatkan rumah. Untuk bil api air kadang2 ada tunggakan, bulan ni pun belum lagi bayar.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM290.00
Top Contribution
IN  RM1,000.00
First Contribution
Dime  RM30.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

98

Penyumbang

1,761

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Amifar  RM290.00
Top Contribution
IN  RM1,000.00
First Contribution
Dime  RM30.00

Kempen Lain