Bantuan Buat Ibu Tunggal Berkerusi Roda Membesarkan Anak Anak


Bantuan Buat Ibu Tunggal Berkerusi Roda Membesarkan Anak Anak


MarhaenMY - Azura Binti Ahmad
Penaga, Pulau Pinang
Published: Jun 27, 2022
60%
RM 2,400.00 RM 4,000.00


160.0
Baki Lot Diperlukan
240.0
Lot Telah Terbeli
108
Penyumbang
1,978
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Kesakitan akibat penyakit strok dan tibi selain kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami yang terlibat penagihan dadah tidak mematahkan semangat seorang wanita dari Desa Kuala Muda di Penaga­ di sini untuk membesarkan anaknya dengan sempurna. Azura Ahmad yang berusia kini 37 tahun tidak lagi mampu bergerak apabila lumpuh separuh badan selepas terjatuh di dalam bilik air dalam kejadian lapan bulan lalu. Susulan itu, wanita berkenaan terpaksa menggagahkan diri menguruskan rumah terma­suk menyiapkan keperluan keluarga meskipun hanya berkerusi roda. Memang tiada pilihan, saya kena buat juga sebab dua anak dalam jagaan saya masih bersekolah iaitu berusia 10 dan 14 tahun kecuali yang paling bongsu yang berusia dua tahun. Kehidupannya menjadi lebih sukar apabila tiada pendapatan selepas tidak lagi boleh bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Kuala Muda, Penaga.

 

 

Ada masa kami sekeluarga tiada makanan, cuma makan biskut kering. Saya juga runsing memikirkan nasib kami ketika bulan puasa­ dan hari raya nanti. Tak tahu bekalan makanan yang ada sekarang ni boleh bertahan sampai bila.. Terdahulu, kisah Azura itu mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang sedia memberi bantuan bersesuaian. Pengurus Bahagian Kebajikan ZPP Feroz Haniff Azmai, 38, berkata, pada peringkat ini urusan dokumentasi bagi pihak Azura­ telah selesai dan sedang melalui proses kelulusan. Beberapa pasukan unit kebajikan ZPP telah datang bertemu dengan pemohon di kediaman­nya dan kita telah uruskan hal-hal berkaitan dokumentasi untuk ke peringkat kelulusan segera. Kalau diikutkan situasi pemohon (Azura), dia memang layak menerima bantuan. Bagi Azura sendiri, dia bersyu­kur dan berterima kasih pihak yang tampil membantunya.

Read More



Updates




Update 9 / 03 / 2023

Selamat pagi, keadaan masih sama. Saya masih lagi memerlukan bantuan untuk perbelanjaan harian untuk anak2 sebab anak2 sekolah. Saya ada dapat bantuan dari JKM sebulan sekali dalam RM700. Dari segi kewangan cukup ke tak tu kena cukup2 kan sampai hujung bulan. Saya duduk rumah arwah mak dan tak bayar sewa tapi kena bayar bil api air, hasil pintu, apa pun kena bajet la. Cukup ke tak cukup, alhamdulillah. Tak pernah terputus bekalan sebab ada jiran yang prihatin. Memang bergantung dengan bantuan JKM sahaja. Anak2 sekolah tumpang dengan kawan. Kawan2 anak dan anak yang akan bayar bergilir letak minyak dan kawan2 anak tahu keadaan saya mcam ni. Sehari saya bagi belanja sekolah anak2 RM7 seorang. Anak sulung saya (16 tahun) ada buat kerja sambilan, malam dia buat burger untuk bantu serba sedikit, lepas lah untuk anak2 untuk perbelanjaan sekolah. Dia dapat RM15 sehari dan dia kerja 5 hari sahaja. Memang saya lepas pada anak lekaki sementara nak tunggu JKM sebulan tu. Boleh untuk beli pampers untuk saya, nak harap adik beradik masing-masing ada keluarga. Kalau tak cukup perbelanjaan tu saya tebalkan juga la muka untuk minta tolong. Adik beradik pun kerja nelayan semua, rutin harian dan kalau pergi kelaut ada la rezeki. Saya masih lagi pergi rawatan susulan dekat hospitak untuk terapi sahaja dalam sebulan sekali. Saya naik grab kalau pergi checkup dan ulang alik RM50. Untuk ubat saya dah tak makan ubat tibi dah. Saya ada 4 orang anak tapi anak saya seorang umur 6 tahun, kakak saya jaga tinggal dekat perlis.

Read More



Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Fi  RM100.00
First Contribution
Siti  RM10.00

160.0

Baki Lot Diperlukan

240.0

Lot Telah Terbeli

108

Penyumbang

1,978

Pengunjung
Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Fi  RM100.00
First Contribution
Siti  RM10.00

Kempen Lain