Lumpuh Seumur Hidup Punca Hilang Pendapatan


Lumpuh Seumur Hidup Punca Hilang Pendapatan


MarhaenMY - Helmi Bin Samudin
Dengkil, Selangor
Published: Jun 27, 2022
100%
RM 3,520.00 RM 3,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
352.0
Lot Telah Terbeli
149
Penyumbang
2,815
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang pemuda tidak menyangka tindakannya memanjat sebatang pokok mang­gis di belakang rumah keluarga telah meninggalkan detik hitam yang mengubah keseluruhan rutin kehidupannya. Helmi Samudin, 33, dari Batu 30, Kampung Semarang di sini berkata, kejadian terjatuh dari pokok manggis pada Julai lalu dengan niat untuk mendapatkan sedikit wang saku mengakibatkan dia lumpuh seumur hidup. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, saya memanjat sebatang pokok manggis yang berada di belakang rumah bagi tujuan untuk dijual, namun akibat kecuaian, saya tergelincir dan terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter. Susulan kejadian itu, beberapa bahagian tulang belakang dan buku lali telah patah dan saya terpaksa melalui beberapa siri pembedahan untuk mengelak keadaan menjadi le­bih teruk.
 

Semasa sesi ziarah oleh pihak Kosmo! yang turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) Pewaris Warisan Penawar Dengkil, Helmi mengakui, masih dihantui oleh kejadian itu, malah kaki kanannya yang kini lumpuh masih terasa sakit sehingga menyukarkannya untuk melakukan aktiviti harian. Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia juga hilang keupayaan untuk berjalan dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak selepas kaki kanannya tidak lagi mampu digerakkan. Saya masih dalam proses terapi di Hospital Serdang dan tragedi itu telah memaksa saya untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat kurier. Segala aktiviti harian saya perlu bergantung kepada bantuan ibu, Siti Hamidah Mohd. Kasan, 57, dan ayah, Samudin Moin, 59, yang kedua-dua mereka tidak lagi bekerja. Jelas Helmi, rutin hariannya hanyalah menanti waktu untuk ke hospital bagi menjalani sesi terapi dan menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya yang kini tidak mampu lagi untuk berdiri dan berjalan seperti orang lain.

 

Tidak banyak yang boleh dilakukan selain fokus kepada sesi terapi bagi memudahkan saya untuk membiasakan diri dengan keadaan sekarang. Kini, saya bimbang memikirkan masa depan kerana sudah pasti lebih sukar untuk mendapatkan sebarang pekerjaan selepas ini. Saya dimaklumkan saya tidak layak untuk mendapat bantuan zakat dan kami sekeluar­ga juga sedang menunggu maklum balas permohonan bantuan daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat memandangkan saya kini seorang orang kelainan upaya (OKU). Kredit : KOSMO

 

Update 25 / 07 / 2022

Terima kasih kepada semua sebab sangat membantu semua dana ni. Dengan saya dah berapa lama tak ada pekerjaan, macam-macam benda nak kena bayar. Pasal zakat yang saya tak dapat tu yang saya tahu sebab dia cakap yang duduk dalam rumah saya ramai jadi saya tak boleh dapat bantuan zakat. Semua orang tua saya yang urus kan. Zakat cuma ada bagi dulu sumbangan sebanyak RM2000. Itu pun sebab JKK kampung yang urus kan. Saya cuma dapat bantuan OKU sebanyak RM300 sebulan. Dalam satu rumah ni semua adik beradik saya ada. Semua abang saya, yang lain semua ada termasuk anak buah saya. Ada 6 orang. Adik saya dengan adik ipar saya. 8 orang termasuk mak ayah saya. Semua ada 14 orang. 2 anak yatim sebab mak dorang baru meninggal. Abah (59tahun) & Emak (57), saya (34), adik no.3 (30) & Suami (36) ada 2 orang anak 4 tahun & 7 bulan, adik no.4 (28) isterinya meninggal tahun lepas dan meninggalkan anak bersama iaitu 2 orang anak lelaki  3 tahun & anak perempuan 2 tahun, adik no 5 (26) bersama 2 orang anak 4 tahun & 2 tahun dan suami kerja jauh. Jadi yang bekerja sekarang adik no 3 dan suami dan adik no 4.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nizam  RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM200.00
First Contribution
Sy  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

352.0

Lot Telah Terbeli

149

Penyumbang

2,815

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Nizam  RM10.00
Top Contribution
Mohd  RM200.00
First Contribution
Sy  RM10.00