Membesarkan tiga anak di ibu kota bukanlah mudah bagi seorang ibu tunggal, apatah lagi dua daripadanya berstatus orang kelainan upaya (OKU). Cabaran itulah perlu ditempuhi Maszura Osman, 46, bersama tiga orang anaknya sejak setahun lalu. Menurutnya, dua daripada anaknya iaitu Nur Alia Maisarah Saifuddin Zuhri, 17, dan Nur Hidayah, 15, masing-masing merupakan OKU dengan masalah saraf dan pembelajaran. Seorang lagi anak saya, Mohammad Zarif, 14, kini belajar di sekolah tahfiz di Damansara. Bukan mudah tetapi sebagai ibu ia perlu dilakukan. Dua anak OKU saya perlukan perhatian sepanjang masa kerana mereka tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Mengulas lanjut, Maszura berkata, Nur Alia Maisarah tidak mampu untuk menyempurnakan urusan seperti mandi, membuang air, makan serta memakai pakaian. Katanya, penyakit saraf membuatkan pergerakannya terbatas dan dia perlu dipapah untuk ke mana-mana.
Mujurlah adiknya boleh berdikari walaupun tetap memerlukan pengawasan. Bagaimanapun, ujarnya, Nor Hidayah tetap memberi cabaran kepadanya walaupun dalam bentuk yang berbeza berbanding Nur Alia Maisarah. “Adiknya kuat mengamuk serta agak agresif,” katanya. Begitupun ujarnya, dia tidak ada masalah untuk membawa mereka keluar rumah serta menaiki kenderaan awam. Dalam pada itu, menurut Maszura, dia berhadapan masalah untuk menyara kehidupan gara-gara kehilangan pekerjaan akibat Covid-19 sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.Ketika ini, anak sulung menerima bantuan zakat bernilai RM450 sebulan. Jiran-jiran di sini turut membantu kami sekeluarga. KREDIT : Kosmo
Assalammualaikum. Maafkan saya lambat replay. Tak ada apa yang berubah sama je, sekarang saya tengah pening paip dalam rumah saya pecah dan saya tak tahu nak buat apa.. Saya memerlukan barang basah seperti ikan ayam dan sayur-sayuran. Inilah dapur saya dan lain2 yang ada dalam gambar ini, kami hanya mampu makan telur dengan nasi kicap. Duit yang dapat pun kami bayar bil bil yang tertunggak seperti bil air bil api. Inilah jumlah api air saya kalau nak tahu. Baru sampai hari sebelum merdeka, saya dah pening tengok bil air dan bil api makin naik. Saya nak kerja tapi tak ada orang nak ambil akak kerja kesian kat anak-anak saya makan pun lebih kurang je apa yang ada je. Anak-anak saya makan sama dengan apa saya makan. Kalau saya kerja ringan lah sikit.
Dulu saya pernah kerja kilang dekat elektronik dekat sungai way western digital tapi sekarang dah tutup. Saya nak bekerja untuk mencari rezeki untuk anak-anak akak. Itu pun kalau ada yang sudi. Gaji saya masa bekerja ialah RM1500 sebulan. Masa saya kerja dulu ada arwah emak dengan arwah adik lelaki saya yang jaga. Sekarang anak saya dah pandai berdikari dan dia orang pun boleh jaga kakak diorang untuk bagi makan dan lain-lain.
Selamat petang. Saya masih memerlukan bantuan. Dengan keadaan saya tak boleh bekerja sebab kencing manis, darah tinggi dan akak pun cepat penat. Nak kerja pun tak ada siapa nak ambik kerja. Akak tak ada duit untuk membeli pampers dan barang2 dapur untuk di masak dan bil api air yang tertunggak. Akak jadi stress tak boleh nak buat apa. Inilah kehidupan akak seharian. Saya tak mampu nak menyekolahkan anak2 saya sebab tak ada duit. Nak beli pempers anak istmewa tunggu duit JKM baru beli. Anak2 saya dah tak sekolah dah. Anak yang bongsu dah tak sekolah dah sebab jauh. Makcik saya yang tolong saya dah pindah ke Penang ikut suami dia ke sana. 16 tahun itu kena sekolah khas sebab dia oku pembalajaran tapi jauh dan saya bukan berduit pun. Sahur tadi makan telur je. Rumah zakat bayar, JKM bagi duit tahun ini RM150 sebab anak istmewa saya yang sulung tu dah nak masuk 18 tahun dia bagi untuk anak yang nombor dua je yang berumur 16 tahun yang bernama Nurhidayah.
Assalammualaikum. Saya ingin memohon bantuan untuk membeli barang2 dapur dan pempers anak. Sekarang ni bil api air banyak tertunggak. Saya juga tiada bantuan lain. Saya masih belum dapat kerja dan tak ada orang nak ambil saya bekerja sebab saya banyak penyakit macam darah tinggi, kencing manis dan jantung. Saya ada pergi rawatan dan pergi KKM je. Sebulan dua kali dan lepas tu tiga bulan baru datang balik. Bulan lepas saya cirit berit, nanti hari khamis ni baru datang.