Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Thyroid Dan Anaknya Yang Menderita Buah Pinggang Bocor


Bantuan Buat Ibu Tunggal Yang Menderita Thyroid Dan Anaknya Yang Menderita Buah Pinggang Bocor


MarhaenMY - Nor Faizah Bt Mohammad Hanizam.
Jerantut, Pahang
Published: Jul 04, 2022
100%
RM 5,500.00 RM 5,500.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
550.0
Lot Telah Terbeli
97
Penyumbang
2,251
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
550 Lot Ditawarkan

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah realiti yang dilalui seorang ibu muda, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, apabila terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk menjaga anak­nya yang sakit selepas kematian suaminya pada Januari lalu. Anak bongsu Nor Faizah, Nur Airis Maisarah Mohd. Zulkarnaen, 3, mengalami masalah buah pinggang bocor. Nor Faizah berkata, selepas suaminya meninggal dunia pada 31 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah, dia mengambil alih tanggungjawab menyara empat anaknya berusia tiga hingga 14 tahun.

 

Sebelum ini, Nur Airis menderita penyakit bahagian usus dan hati ketika berusia dua tahun, tetapi semakin pulih setelah mendapat rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur hujung tahun lalu. Namun, kini anak saya menanggung penyakit buah pinggang bocor. Saya tidak tahu bila pembedahan akan dilakukan kerana dia tidak berselera makan dan cuma meminum susu. Menurut Nor Faizah, pada ma­sa ini, pendapatannya hanya bergantung kepada menjual ketupat.

 

 

Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa, namun cukup-cukup makan untuk membeli barangan keperluan dapur dan persekolahan tiga anaknya. Buat masa ini, saya berdepan kesukaran menampung perbelanjaan Nor Airis kerana dia perlukan susu dan membeli lampin pakai buang dan kos berulang- alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan sehingga RM2,000. Saya pernah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, tetapi kesemua wang itu dibelanjakan untuk rawatan dan pembedahan penyakit bahagian usus dan hati Nur Airis pada tahun lalu. Tambah Nor Faizah, dia memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan untuk menampung ke­semua keperluan tersebut pada setiap bulan. “Mana saya mampu mencari wang sebanyak ini,” katanya yang menderita penyakit hipertiroid.

 

Kredit : Kosmo

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM190.00
Top Contribution
Azam  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

550.0

Lot Telah Terbeli

97

Penyumbang

2,251

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Hamba Allah  RM190.00
Top Contribution
Azam  RM500.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

Kempen Lain