Assalamualaikum.
Saya seorang pelajar dekat Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu dan ambil kos pendidikan awal kanak-kanak. Sepatutnya saya habis belajar tahun lepas tapi disebabkan PKP 6 bulan tertangguh jadi baru sekarang habisnya. Masa ni saya da balik rumah saya sebab saya belajar secara ODL sahaja. Saya habis praktikal 28/4. Sekarang tunggu hari convocation.
Sekarang saya 21 tahun dan saya bertanggungjawab menjaga dua orang adik yang masih bersekolah ( 14 tahun dan 17 tahun ) dan meneruskan kehidupan seharian hanya dengan duit pencen penakat arwah ibu. Disebabkan saya masih seorang pelajar, saya tidak dapat bekerja dengan tetap juga perlu menguruskan adik adik. Saya amat memohon sedikit bantuan cukup untuk melunaskan bayaran bil dan rumah sewa yang tertunggak. Ayah saya masih hidup lagi cuma dah bercerai dengan arwah ibu saya sejak saya 13 tahun. Mak saya meninggal pada tahun 2020. Saya tinggal bertiga dengan dua orang adik saya dekat rumah sewa yang kami tinggal sebelum mak meninggal dunia. Rumah sewa kami duduk sekarang di taman manis parit raja batu pahat johor.
Sebelum ni arwah ibu saya dulu kerja pengawal keselamatan dan daripada hasil arwah ibu bekerja la kami dapat pencen penakat tu. Pencen penakat tu saya akan dapat sampai umur kami adik-beradik 21 tahun tapi sekarang saya masih dapat selagi belum genap 21 tahun. Kami dapat RM549.25 sen setiap bulan untuk pencen penakat arwah ibu. Jumlah tu ialah amaun untuk 3 orang adik beradik. Rumah sewa pulak RM250 ringgit sebulan. Rumah sewa sekarang ada tunggakan 1 bulan. Ini tertunggak pun sebab adik saya nak kasut sukan jadi saya belikan kasut untuk dua orang adik saya. Dan saya kena bayar sambung coway yang arwah mak saya pasang dulu. Kadang tak mencukupi kalau saya berjimat cukup tapi agak susah juga. Bil api air tak ada tertunggak sebab bulan lepas saya dah selesaikan bil air yang tertunggak. Jadi duit saya habis dekat situ juga denda RM70 ringgit.
Ayah saya ada juga bagi duit tapi memang jarang disebabkan dia memang ada keluarga yang baru macam bulan bulan tak ada tapi kadang kadang contoh masa hari raya lepas ada la dia bagi. Saya ambil full pinjaman mara. Buat masa ni saya part time tolong makcik saya uruskan tempahan makanan dari rumah. Saya akan dapat RM30. Mak cik saya buat bisnes tempahan makanan berlauk. Keperluan asas alhamdulillah cukup sebab saya selalu bajet bajet kalau nak berlanja rumah cuma sekarang ni agak susah juga sebab banyak barang harga menaik kan.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.