Bantuan Perubatan Untuk Usus Bocor & Mak Yang Lumpuh Separuh Badan


Bantuan Perubatan Untuk Usus Bocor & Mak Yang Lumpuh Separuh Badan


MarhaenMY - Mohd Azlan bin Ishak
Kuala Kedah, Kedah
Published: Jul 06, 2022
78.56%
RM 3,938.00 RM 5,000.00


107.2
Baki Lot Diperlukan
393.8
Lot Telah Terbeli
165
Penyumbang
4,653
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum.

Saya Mohd Azlan berusia 33 tahun dan saya ingin memohon bantuan kewangan untuk menampung kehidupan harian saya seperti membeli ubat-ubatan kepada ibu saya dan rawatan saya. Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak berusia 2 tahun. Saya baru menjalani pembedahan usus besar saya pada 25/05/22 di Hospital Sultanah Bahiyah sebab usus saya bocor disebabkan pemakanan. Kos pembedahan saya pada masa tu sebanyak RM1000 termasuk kos belanja di hospital. Kos pembedahan ni saya simpan sikit2 sebelum ni untuk saya buat simpanan sakit dengan belanja harian. Hanya itu yang saya ada setakat ini. Saya juga menjaga ibu saya yang mengalami strok lebih kurang 4 tahun lalu. Ibu saya lumpuh separuh badan dan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis dan ibu juga memerlukan ubat untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Ibu saya berusia 67 tahun dan saya satunya anak tunggal. Dia tinggal bersama saya dan keluarga. Mak saya ada makan ubat darah tinggi , kencing manis dengan ubat cair darah.

Ibu saya tak ada pergi hospital. Tapi ubat-ubatan ibu saya , saya terpaksa beli disebabkan saya tak ada kenderaan seperti kereta untuk bawak ibu saya ke klinik dan saya tidak mampu untuk bayar kenderaan untuk ke klinik tersebut. Ubat dia saya hanya beli di farmasi, setiap 1 jenis ubat RM50 dan ibu saya sekarang makan 3 jenis ubat . Harga untuk 1 bulan ubat tersebut dalam RM150. Saya tak ada kena makan ubat tapi saya  perlu cuci luka setiap hari selama 1 bulan dekat klinik dan di rumah. Saya ada kena buat rawatan susuluan ikutkan 27/07/2022 tapi kad temu janji saya hilang dan saya perlu bagitahu dekat pihak hospital untuk rawatan tersebut. Sekarang saya tak dapat berkerja sementara waktu. Saya bekerja sebagai nelayan dan makan gaji. Gaji nelayan memang tak menentu dalam anggaran RM900 1 bulan. Isteri saya memang tak bekerja sebab kena jaga anak dan mak juga.

Kami tinggal di rumah sewa dan sewa bulanannya sebanyak RM100 sahaja. Sekarang ada 3 bulan tertunggak bil sewa rumah dan sebab tertunggak saya tak dapat berkerja sebelum ni akibat operation usus. Buat masa ni saya belum lagi mula bekerja sebab doktor cakap mintak rehat dalam 3 bulan dulu sebab untuk bagi usus saya sembuh. Saya dan mak memang tiada pernah mohon mana2 bantuan lagi. Dalam tempoh saya tak bekerja, saya pinjam duit dengan mak mentua saya sementara saya dapat kerja semula. Keperluan asas termasuk pampers , susu dan barang dapur semua RM450 1 bulan. Anak saya guna susu Fernleaf 1-3 tahun asli dengan pampers Drypers clasic size L. Oleh itu saya mengharap pihak persatuan marhaen dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saya dan ibu.

 

Update 22 / 07 / 2022

Assalamualaikum, dana yang saya dapat sebelum ni saya guna untuk beli barang dapur, ubat untuk ibu saya selama 1 bulan dan saya ada beli biopad 20 keping. Cuma bil elektrik belum bayar lagi sebab saya kena bayar di pejabat. Hari Isnin saya sertakan copy bayaran.

 

Update 30 / 08 / 2022

Anak saya kena admit wad (25 / 08 / 2022) dan saya perlukan sedikit keperluan untuk tampung anak saya yang sakit. Keadaan saya sekarang Alhamdulillah cuma saya masih lagi tak dapat bekerja. Sekarang saya kerja sambilan tolong kawan dekat bengkel. Tapi kerja tak berat sangat dan kebetulan pulak anak saya tak sihat demam batuk dan asma. 

Read More



Updates




Update 9 / 03 / 23

Keadaan saya sekarang Alhamdulillah tapi ibu seperti biasa. Jika boleh saya nak mohon untuk bli ubat ubatan ibu saya dan keperluan dapur sikit. Saya kerja dekat pelantar ikan. Kewangan walaupun kadang tak mencukupi Alhamdulilah tapi sekarang musim tak menetu saya sekejap kerja sekejap tak kerja dan pendapatan saya hanya gaji hari. Bila ada kerja ada gaji dan tak kerja tak ada gaji. Gaji saya RM40 sehari. itu pun bergantung kalau ada ikan ada gaji, saya kalau tak ada ikan tak ada gaji.

Update 6 / 09 / 23 - 4 / 10 / 23

Assalamualaikum tuan/puan, saya ingin mohon bantuan kewangan sikit sebab anak yang baru lahir kena jangkitan kuman bernama Mohd aariz Zafran, umur 3 bulan. Sekarang dia dekat Hospital sultanah Bahiyah. Anak masih di ward lagi belum disharge. Tolak semua subsidi ada tunggakan yang lama dalam seratus lebih, ni admit ward PLK belum disharge lagi. Tak tahu bil nak disharge berapa lagi dan saya tak mampu, tu saya ingin mohon bantuan kewangan untuk bayar bil tertunggak.

Assalamualaikum, saya nak mohon bantuan untuk anak saya. Anak saya memerlukan bantuan susu khas Novalac, pampers dan kos ulang alik ke hospital. Sekarang masih menunggu keputusan doktor bila keluar dan anak saya mungkin perlu pakai alat pernafasan di rumah. Anak saya masih lagi ditahan wad dah sebulan kat wad. Sebulan susu khas ni tak pasti berapa tin tapi susu ni 3 hari 1 tin sebab anak saya minum pakai restiub. Sebab dia masih di wad jadi hospital yang bagi & kalau balik rumah nanti kena beli sendiri sebab dia ada masalah paru2.

Read More



Recent Contribution
Arifah  RM10.00
Top Contribution
Arni  RM200.00
First Contribution
Siti  RM50.00

107.2

Baki Lot Diperlukan

393.8

Lot Telah Terbeli

165

Penyumbang

4,653

Pengunjung
Recent Contribution
Arifah  RM10.00
Top Contribution
Arni  RM200.00
First Contribution
Siti  RM50.00

Kempen Lain