Bantuan Keperluan Hidup Sementara Dapat Pendapatan Tetap


Bantuan Keperluan Hidup Sementara Dapat Pendapatan Tetap


MarhaenMY - Mas Hezrin Bin Md Salmi
Masai, Johor
Published: Jul 08, 2022
55.75%
RM 2,240.00 RM 4,000.00


177.0
Baki Lot Diperlukan
224.0
Lot Telah Terbeli
77
Penyumbang
1,884
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum.

Saya Hezrin dengan rasa rendah diri, ingin memohon sedikit sumbangan setelah beberapa bulan tiada pekerjaan tetap. Sumbangan ini hanya diperlukan untuk bulan Julai dan Ogos sahaja kerana saya baru mendapat pekerjaan yang tetap dan hanya bermula pada 1 Ogos. Bantuan ini adalah untuk saya dan keluarga meneruskan kehidupan. Saya yang mempunyai 3 orang anak berumur 12 tahun, 10 tahun, 6 tahun (OKU). Anak-anak masih bersekolah, dan anak yang ketiga adalah anak istimewa (hydrocephalus dan spina bifida) di mana memerlukan keperluan 'feeding tube' saiz 8 untuk proses CIC, selain kapas, tape pelekat dan pampers. Anak saya lumpuh dari bawah pusat ke kaki. Dalam sebulan lebih kurang RM300 - 350 diperlukan untuk beli barang anak sakit. Untuk pampers anak pakai size XL brand Diapex pants sebab brand tu sahaja yang ngam dengan pinggang dia. Pernah try beli brand lain tak okay. Feeding tube tu actually untuk proses CIC. Anak saya buang air kecil secara manual guna tube tu. Jadi kami as parents kene buatkan CIC untuk dia, even buang air besar pun kami keluarkan secara manual. Anak sakit sejak lahir. Wife kena denggi masa 5 bulan pregnantkan dia. Rawatan anak sekarang tak ada cuma follow up check up. Tahun ni tak pergi lagi sebab check up semua di HUKM. Saya di kampung isteri di Gemas. Mak mertua bagi sikit duit untuk balik kampung raya haji. Wife pun sedang pregnant jugak sekarang, 4 bulan. Isteri memang tak kerja sebab jaga anak2. Buat masa ini, saya bekerja sebagai Pickupp Hero Delivery Agent secara sambilan sementara menunggu 1 Ogos ini dan memerlukan juga modal petrol untuk bekerja. Cukai jalan kereta saya juga akan tamat tempoh esok (3 Julai 2022) dan ianya menyukarkan saya untuk bekerja kerana tiada wang untuk memperbaharui cukai jalan.

 

Saya disarankan berhenti kerja pada bulan April 2022 atas sebab kesihatan. Dan mula mencari kerja dan dapat offer interview bekerja di Singapura. Kerjanya dapat tapi permit rejected. Memang frustrated jugak sebab lama tunggu untuk dapat kerja tu. Jadi sebab tu saya kerja part time J&T. Tapi lepas seminggu tu saya buat Pickupp Hero. Gaji part time J&T uncertain bergantung pada berapa banyak parcels. RM1/parcel. Saya rasa gaji saya dalam RM350. Selepas itu saya buat part time delivery untuk Pickupp Hero. Harga satu parcel lebih besar cuma cover area jauh sikit dan guna kenderaan sendiri. Gaji J&T yang seminggu ni pun tak masuk lagi dan saya baru buat laporan ke WFW sebab gaji lambat. Sebelum ni saya kerja pest control. Saya diserang panic attack sewaktu pulang dari kerja (time tu kat Batu Pahat). Saya pergi klinik sahaja dan doktor cuma bagitahu maybe anxiety dan bagi ubat penenang (Asolan). Ubat doktor cuma bagi 2 biji sahaja. Dah habis makan dah. Maybe sebab saya terlalu penat dengan kerja tu. Jadi selepas itu saya disarankan untuk berhenti. Alhamdulillah saya dah dapat kerja tapi hanya mula 1 Ogos ini.  Saya hanya mohon sedikit bantuan untuk survive sehingga saya mula kerja. Tempat kerja baru nanti saya kerja sebagai Application Management Service Specialist. Alhamdulillah setelah beberapa bulan pergi banyak tempat interview, akhirnya saya dapat kerja ni. Yang kerja baru ni, based kat Cyberjaya tapi sebab ofis belum setup, saya akan bekerja dari rumah dulu. Alhamdulillah gajinya ok cik. Cuma agak struggle untuk bulan ni sebab saya dah beberapa bulan tak dapat gaji yang stabil.

 

Sekarang saya cuma buat Pickupp Hero saja sebab gaji boleh cashout setiap minggu cuma gajinya tak berapa banyak lah. Gaji Pickupp Hero yang saya dah cash outkan minggu lepas, dan minggu ni baru cash out semalam. Tapi dapatnya minggu depan hari Selasa atau Rabu. Saya tinggal rumah peninggalan mak saya. Jadi saya tak ada kena bayar sewa. Bayaran bil api hari tu ada sorang kenalan bantu untuk bayarkan sebab hampir dapat surat merah. Bil terkini RM168. Bil air dah lama jugak tak bayar tapi tak banyak. Bil so far tiada tunggakan cuma ada hutang barang - mesin basuh dan peti ais. Hutang kedai. Bulan lepas dapat bayar RM100 sahaja. Biasa bayar RM200. Jadi saya ada tunggakan RM100 + RM200 untuk bulan ni. Ada tunggakan AKPK RM150 bulan lepas. Kereta juga ada tunggakan (hutang kedai) RM380 bulan lepas. Roadtax pun baru mati 3 Julai 2022. Kereta ni saya guna untuk buat Pickupp Hero. Ada kereta satu lagi, dah abis moratorium jadi bulan ni dah start kena buat payment sebanyak RM950. Lain2 bil macam Astro dah 4 bulan tak bayar dah. Takpe lah Astro tu nanti dah kerja saya boleh bayar semula macam biasa.

 

Dulu saya kerja okay memang tak dapat mana-mana bantuan, cuma dapat bantuan untuk anak saya yang OKU je dapat bantuan JKM. Dapat bulan2 dari JKM. Sebelum ni RM150 tapi dah dinaikkan ke RM500. Lepaslah untuk beli keperluan anak saya. Cuma bulan ni sebab tak ada gaji yang stabil, terpaksa guna dulu untuk keperluan lain macam duit petrol, beli barang basah, dan duit yuran (white board) sekolah anak. Untuk keperluan asas so far, beras ada lagi sekampit, minyak masak ada yang botol sedang (tengah guna). Barang2 basah sahaja macam ayam dan ikan, dah habis. Semua dah naik harga. Untuk barang keperluan asas, insyaAllah dengan gaji Pickupp saya boleh uruskan. Cuma bayaran2 lain yang buat saya sedikit stress. Bantuan untuk beli barang dapur, barang medical anak istimewa saya (feeding tube saiz 8, KY Jelly, gauze, tape pelekat, pampers), dan beberapa bayaran yang perlu saya jelaskan agar tiada outstanding. Saya harap, dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban saya dan keluarga.

 

Update 26 / 08 / 2022

Keje ni environment baru. Kalau dulu saya kerja Data Centre. Lain sikit lah walaupun sama IT. Yang ni saya handle Application dan agak rumit sikit cuma kena belajar from scratch. Tapi kerja ni kene ambik company certification dulu. Dia bagi 3 attempts sahaja. Jadi kena pass. Kalu 3 attempts tak pass, dorang boleh terminate. Saya harap lepas ni kerja saya da stable. Anak saya pun dah okay, yang bisul dah tanya ke pakar spine. Dia kata kalau tak demam takpe, jangan demam sahaja. Kalau demam kena cepat-cepat pergi HUKM.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Shahrul  RM10.00
Top Contribution
Intan  RM320.00
First Contribution
Amira  RM10.00

177.0

Baki Lot Diperlukan

224.0

Lot Telah Terbeli

77

Penyumbang

1,884

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Shahrul  RM10.00
Top Contribution
Intan  RM320.00
First Contribution
Amira  RM10.00