Seorang lelaki bukan sahaja diuji dengan kedua-dua belah kaki dipotong, malah penglihatannya turut terjejas akibat penyakit kencing manis dan buah pinggang yang dihidapi sejak 2014. Walaupun pada mulanya berat untuk Alemi Abdul Manap, 40, untuk menerima dugaan itu, namun kini dia lebih tenang. Pada 2014, kaki kiri dipotong selepas membengkak dan lama-kelamaan menjadi kemerahan dan bernanah. Ketika itu doktor mengesan saya ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Bermula dari situ, berlaku komplikasi lain apabila mata mulai kabur dan disahkan mengalami masalah buah pinggang. Alemi kini tinggal sendirian di rumah pusaka itu, namun anak saudaranya datang menjenguk dan membantu mengurus keperluannya pada setiap minggu.
Menurutnya, dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan, dia diuji masalah rumah tangga apabila berpisah dengan isteri dan dua anaknya yang berusia 13 dan 17 tahun selepas dibenarkan keluar dari hospital pada 2014. Memang rasa hilang semangat. Kami berpisah secara baik, saya cuba bangkit, namun ayah pula meninggal dunia pada tahun sama menyebabkan hidup gelap seketika. Alemi memberitahu, dalam tempoh sukar itu, dia tinggal sebatang kara di kampung halamannya di Kuala Pilah dan pernah mengalami strok di bahagian kanan badan sehingga dimasukkan ke hospital selama dua tahun dari 2018. Saya mengalami strok dan penglihatan makin kabur kerana tidak pernah membuat rawatan susulan.
Masalah buah pinggang juga semakin teruk, saya perlu membuat dialisis tiga kali seminggu dan bergantung kepada tiub air kencing seumur hidup,” katanya yang memberitahu tiub itu berharga RM37 dan boleh digunakan dua bulan sekali Tambah Alemi, dia yang tidak bekerja menerima elaun orang kelainan upaya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan. Jika diikutkan, kos perubatan termasuk pengangkutan, lampin pakai buang dan tiub lebih kurang RM800 sebulan, manakala kos dialisis pula RM510 sebulan yang ditanggung oleh pihak Baitulmal. “Penglihatan mata sebelah kanan kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan kanta yang juga dibiayai oleh Baitulmal.
Kredit: KOSMO
Sekarang ni saya tengah tunggu keputusan sama ada nak operate @ tak untuk keluarkan batu kat buah pinggang. Saya kena tunggu keputusan pakar surgical hospital serdang untuk call. Selagi tak buat saya asyik demam dan jangkitan kuman air kencing. Risiko nak bius tinggi dan jantung saya lemah. Rumah yang saya tinggal ni pusaka arwah mak dan saya kena bayar utiliti je la. Selalu saya pergi hospital naik teksi sahaja. Kalau ke HTJ seremban dalam RM50 pergi dan balik dan kena pergi 3 kali dalam sebulan. Kalau saya ke HUKM Cheras dalam RM150 pergi dan balik dan saya kena pergi 2 bulan sekali. Kos pengangkutan ke dialysis centre selalu dalam RM140 / RM150 sebulan. Kalau ke dialysis naik dengan grab kena bayar dalam RM20 pergi dan balik. Tapi kalau saya naik transport pusat dialysis kena bayar RM150. Jadi jimat la lebih kurang RM50 situ. Saya memang harap duit jkm tu je la dengan bantuan dari sepupu sikit. Semua saya kena buat sendiri dan kalau mandi saya beralih ke kerusi plastik dan mandi atas tu. Cuma ke tandas saya tak yakin sebab mangkuk tandas rendah dari kerusi roda, tu yang nak transfer susah. Untuk keperluan asas tu in sha allah cukup. Biasa yang jadi masalah buat saya ialah pampers dengan tiub kencing saya. Saya guna pampers size L. Yang tiub kencing tu kena tebuk bawah pusat. Tiub pun saya kena beli sendri yang silicone dan kena tukar sebulan sekali di klinik kesihatan. Saya buang air besar memang guna pampers sebab takut jatuh nak transfer ke tandas tu.
Awal februari baru ni saya dah selesai operate batu karang saya. Tu yang tiub kencing kerap kena tukar. Tiub saya ni 4 kali sebulan tukar. Pampers pun sama, saya tak boleh nak ke tandas. 6-8 bungkus, biasa beli yang XXL. Dalam 1 pack ada 6 keping. Kalau saiz XL tu 8 keping 1 pack tapi tak berapa selesa. Tapak cuci darah saya pun sekarang di peha, memang susah nak ke tandas. Yang dulu darah cuci dekat tangan saya dah rosak. Fistular yang tangan tu dah rosak dan tak fungsi lagi. Saya ada dapat surat rujukan untuk saya buat fistular / tapak darah yang baru di klinik pakar kat Johor Bahru. Saya tengah usahakan kos ke sana. Bayaran dalam RM3000 lebih. Kos buat tu saya akan mohon dengan baitumal. Cuma kos transport nak kesana tu yang kena cari, sekali dengan kos bilik nak bermalam nanti. Paling lama mungkin bermalam 2 malam. Hari pertama datang tu terus scan dan hari ke 2 buat. Petang tu kalau okay boleh balik. Kos operation sebelum ni separuh baitumal bayar dan separuh saya bayar. Baitumal bagi RM2800 dan saya tambah RM1200. Kewangan daripada saya ni pun kawan² sekolah dulu kutip sikit sorang. Nak harap duit saya sendiri memang saya tak mampu. Kalau yang Johor ni saya ambik teksi la nanti, memang orang tu yang biasa hantar kalau ke hospital. Sebelum ni saya buat di Al Zahra bangi dan kos teksi RM150 pergi balik tapi Johor ni tak tahu berapa dia akan charge. Ni keadaan kencing saya, selalu keluar darah lepas pembedahan ni. Dapat membantu untuk pembelian pampers dengan tiub kencing pun dah okay. Dari segi perbelanjaan makan tu in sha allah cukup, sepupu ada juga bantu. Memang saya bergantung dengan duit JKM sahaja (RM300). Saya ada cuba apply Baitulmal tapi tak layak sebab dah ada JKM. Arwah mak ada tinggal kan kebun getah sikit tapi sekarang harga getah murah sangat. Nak dapat RM200 sebulan pun payah. Yang kebun arwah mak tu, orang indonesia yang menoreh. Jadi bahagi dua hasil tu. Bulan febuari baru ni dapat la RM170, memang rasa tak padan dengan kos.
Saya dalam wad ni sebab tapak sementara dialisis saya block. 16 hari dah saya di wad. Fistular yang buat sebelum ni dah rosak. Yang tu oepration kerajaan negeri 9 tanggung. Bila nak buat yang kedua ni kena guna duit sendiri. Saya tak mampu dan mungkin ambik keputusan stop dialisis, doktor ada suggest kan buat di Johor. Dua tempat yang boleh try. Kalau di KPJ Putri kos dalam RM3800. Lagi satu di pakar vascular Dr Anga dan kos dalam RM3000 ke RM3500. Dr seremban rujuk ke Dr Anga. Sekarang saya tebuk tapak sementara di peha yang tak berjaya tu. Tapi yang peha ni cuma kena bayar harga tiub dalam RM800. Saya dah tanya di HUKM dan Az Zahra Bangi yang berdekatan dengan saya tapi mungkin akan 2 kali operate dan kos akan lebih tinggi. Yang kedua tu mahal, biasa dalam RM5000 ke RM9000 sebab tembak masuk belon besarkan urat. Saya dah mohon Baitulmal 2 kali, yang pertama gagal dan yang kedua lulus RM1000. Jadi banyak yang saya kena tambah. Buat masa ni saya pilih rawatan palatif iaitu cuma bertahan dengan ubat dan tak dialisis. Ni menunggu doktor pakar palatif tengok dan kalau selesai mungkin boleh balik. Makan ubat bagi keluar air dalam badan, kurang kan gatal dan kurangkan loya. Tapi bukan la rawatan pilihan, kira dah jalan terakhir sementara dan cuma boleh tahan 3-6 bulan sahaja. Kalau yang permanent di tangan yang nak buat di Johor tu. Kira yang ubat tu saya makan lepas keluar wad, sekarang ni doktor masih pantau darah saya.