Bantuan Buat Adik Wana Yang Penyakit Hydrocephalu


Bantuan Buat Adik Wana Yang Penyakit Hydrocephalu


MarhaenMY - Wan Nora Binti Wan Nawi
Kuala Berang, Terengganu
Published: Jul 11, 2022
100%
RM 4,000.00 RM 4,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
400.0
Lot Telah Terbeli
185
Penyumbang
2,293
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Seorang ibu pasrah apabila anak gadisnya hanya mampu menghabiskan masa di atas katil kerana terlantar dan tidak berpeluang menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja. Wan Nora Wan Nawi, 42, berkata, anaknya, Nursyazwana Mohd. Azri, 13, menghidap pe­nyakit Hydrocephalus yang menyebabkan kepalanya membesar berikutan kewujudan lebihan cecair pada bahagian otak sejak lahir. Wan Nora berkata, penyakit terbabit turut menyebabkan tumbesarannya terbantut. “Jika remaja perempuan lain seusianya kini sudah bersekolah menengah, Nursyazwana hanya terlantar di atas tilam sejak lahir.

 

“Saya sudah dimaklumkan tentang risiko kelahiran pada usia kehamilan tujuh bulan dan reda menerima dengan suratan takdirNya. Menurut Wan Nora, Nur­syazwana ditahan di wad selama tiga bulan sebaik dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Tambahnya, anak bongsu daripada dua beradik berkenaan turut pernah menjalani pembedahan membuang nanah dalam kepalanya sewaktu kecil. “Dia memerlukan penjagaan rapi dan ekoran masalah tumbesaran, berat badannya tidak pernah melebihi 30 kilogram.

 

“Biar pun tidak boleh bertutur, sebagai ibu, saya amat memahami kemahuannya hanya menerusi bahasa tubuh,” katanya. Wan Nora berkata, kos penjagaan bulanan Nursyazwana meliputi susu khas, lampin pakai buang dan makanan bijirin me­lebihi RM600 sebulan. Dia berkata, mereka sekeluarga termasuk anak sulungnya, Nur Maisarah, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia bergantung harap dengan pendapatan suaminya, Mohd. Azri Yusof, 44, yang bekerja kampung. “Syukur kami menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM800 sebulan,” katanya.

 

Kredit : KOSMO

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Syahirah  RM10.00
Top Contribution
Anwar  RM200.00
First Contribution
Hafizi  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

400.0

Lot Telah Terbeli

185

Penyumbang

2,293

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Syahirah  RM10.00
Top Contribution
Anwar  RM200.00
First Contribution
Hafizi  RM10.00