Suami Menderita Virus Varicella Zoster.


Suami Menderita Virus Varicella Zoster.


MarhaenMY - Maya Suryani
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Jul 12, 2022
98.62%
RM 6,410.00 RM 6,500.00


9.0
Baki Lot Diperlukan
641.0
Lot Telah Terbeli
301
Penyumbang
4,945
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
650 Lot Ditawarkan

Luluh hati seorang wanita apabila melihat suaminya terpaksa menanggung kesakitan kulit di seluruh anggota badan akibat penyakit bawaan virus Varicella Zoster. Maya Suryani Sumiran, 35, berkata, penyakit itu dikesan suaminya, Nofrizal Sofyan Effendy, 48, bermula dengan kudis kecil pada lengan sebelum mere­bak ke seluruh anggota badan. Saya sedih melihat suami menangis menahan sakit, kulitnya rasa panas terbakar dan terlalu pedih seperti diperah air limau serta seakan disiat-siat dan dicucuk dengan jarum. Dia sangat terseksa, dia juga susah hendak makan sebab ada ulser dalam mulutnya. Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan menyampaikan bantuan barang keperluan kepada keluarga tersebut.

 

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut memberi sumbangan tilam angin dan bantuan wang tunai kepada keluarga Nofrizal. Maya Suryani berkata, mereka sekeluarga kini hilang punca pendapatan, malah dia juga perlu menguruskan dua anaknya, Muhammad Aqil Reyhan, 5, dan Aisyah Aalya, 2, serta ibu mentua yang tinggal bersama. Katanya yang juga suri rumah, pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk merawat suaminya sebelum ini termasuk ke klinik dan perubatan secara tradisional. Keadaan kulitnya tetap sama, namun begitu saya tidak pernah patah semangat dan positif dia akan kembali pulih. Menurutnya, wang simpanan juga telah habis dan barang kemas terpaksa digadaikan untuk membayar kos perubatan suami. Sewa rumah juga sudah tertunggak selama tujuh bulan selepas suami terlantar. Kredit : KOSMO

 

Update 27 / 07 / 2022

Syukur Alhamdulillah suami beransur pulih, luka dibadannya beransur kering. Saya ada mohon JKM / Sakat tapi belum diconfirmkan lagi dari pihak mereka. Rumah sewa RM300 sebulan. Sewa rumah tertunggak disebabkan suami saya meniaga buah ikut musim, dan terakhir dia niaga tahun lepas bulan 7. Masa tu niaga buah durian, ditambah pulak sekarang suami sakit. Selama ini saya teruskan hidup melalui bantuan orang ramai, kawan² suami yang datang ke rumah ada bagi sedikit wang untuk kami. Saya pulak memang tak dapat kerja sebab kena jaga anak-anak dan mak mertua saya. Sekarang suami guna ubat sapu ini puan, harga dia RM198 dan saya beli online. Ubat ni tak ada disarankan, tapi antara banyak² ubat sapu suami paling selesa pakai yang ni sebab tak pedih dan sejuk. Ubat ni saya beli dengan agent.

Update 28 / 07 / 2022

Hari ini bawak suami check up ke Klinik specialist skin dokter KO di klang. Saya hantar suami guna grab. Jadi kalau ulang alik naik grab dalam RM300 lebih kena bayar. Suami kena check up setiap minggu. Doktor cakap anggaran perubatan suami dalam 1 bulan RM4600.

 

Update 12 / 08 / 2022

Saya baru balik dari pada Klang check up ke klinik Dr KO. Check up suami 2 minggu sekali puan. Sekarang luka suami naik balik dan saya pun tak tahu kenapa. Dulu lagi dari teruk kulit suami sebelum dia pergi Dr KO. Yang sarankan saya pergi Dr KO tu ada seorang doktor suruh pergi masa buat dressing suami. Dia sempat buat dressing dalam seminggu, dan masa tu suami saya baru balik dari Indonesia dan suami tak boleh tahan. Lepas masa raya suami ada balik Indonesia dengan mak mertua, dekat sana ada cuba berubat juga tapi still sama tak ada perubahan. Kalau ubat sapu tu ada satu mak cik bagi bantuan cream sapu kulit, dia cakap bagus dan cakap tak pedih dan dia sedekahkan kepada saya satu botol. Berubat Dr KO ni mungkin ambik masa lama juga sebab sekarang pun kena control 1 minggu sekali dan saya pun tak tahu berapa lama. Saya ingat nak control di Seremban 2 sahaja biar dekat dengan rumah saya, cawangan klinik doktor KO juga tapi doktor KO cakap, penyakit suami ni serius juga kena pergi yang dekat Dr KO Klang.

Read More



Updates




Recent Contribution
AMIRA  RM10.00
Top Contribution
Iman  RM200.00
First Contribution
Norizan  RM10.00

9.0

Baki Lot Diperlukan

641.0

Lot Telah Terbeli

301

Penyumbang

4,945

Pengunjung
Recent Contribution
AMIRA  RM10.00
Top Contribution
Iman  RM200.00
First Contribution
Norizan  RM10.00

Kempen Lain