Pendapatan yang tidak menentu ketika ini menyebabkan seorang buruh kasar buntu memikirkan kos rawatan isteri dan anak bongsunya yang menghidap penyakit kronik. Disebabkan itu, Muhammad Hafiz Sabri, 40, sudah habis ikhtiar untuk menanggung isterinya, Siti Quzaimah Md. Saud, 36, yang menghidap kencing manis kronik sehingga tapak kakinya terpaksa dipotong. Anak pasangan itu, Muhamad Aqil Naufal, 4, pula menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir. Menurut Siti Quzaimah, dia tidak lagi bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk membantu meringankan beban suaminya selepas tapak kakinya dipotong lebih setahun lalu setelah 16 tahun menderita penyakit kencing manis.
“Sebelum ini saya memperoleh pendapatan sebanyak RM15 sehari, namun kini terpaksa bergantung harap dengan pendapatan suami yang tidak menentu ketika ini. “Saya tidak kisah tapak kaki yang semakin membusuk selepas dipotong kerana yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kesihatan Muhamad Aqil. Anak saya perlu menjalani pembedahan jantung berlubang pada 11 April ini. Wanita itu memberitahu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian mengenakan caj minimum di bawah RM10,000 untuk pembedahan jantung berlubang, namun jumlah tersebut masih di luar kemampuan mereka.
Siti Quzaimah yang kini tidak boleh bergerak seperti biasa menjelaskan, pembedahan merupakan salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan Muhamad Aqil. Paling merunsingkan, imbasan yang dilakukan oleh pakar HUSM mendapati bahagian jantung Muhamad Aqil yang berlubang semakin membesar selain mempunyai selaput. “Sepatutnya anak saya menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 2019, namun hasrat itu tertangguh ekoran masalah kewangan dan penularan virus Covid-19".
Menurut wanita itu, mereka sekeluarga sudah kehabisan wang simpanan, malah tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah untuk tiga anaknya pada tahun ini. Selain pendapatan sebagai buruh kasar, empat anak pasangan tersebut turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM630. Wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga tersebut. “Mujur kami tidak perlu membayar sewa rumah kerana saudara-mara membenarkan kami sekeluarga tinggal di sini,” Kredit : KOSMO
Saya sihat dan anak pun sihat. Anak saya akan menjalani pembedahan dan di jadual kan pada 20 / 08 / 2022. Pembedahan akan dijalankan di HUSM. Saya ada 4 orang anak dan berumur 15 tahun, 14 tahun, 10 tahun dan 5 tahun. Untuk keperluan asas saya perlukan pampers dewasa untuk saya sendiri sebab rumah saya tak siap sepenuhnya dan tak ada dapur dan juga tandas. Keadaan rumah saya yang ada 2 bilik dan juga ruang tamu. Kalau masak dan mandi memang dekat luar. Sebab dapur kat belakang tak buat lagi. Dengan keadaan kaki saya macam ni kadang-kadang saya tak sempat nak pergi buang air. Saya perlukan pampers dewasa size L. Susu anak untuk kesihatan dia brand Nesle. Dalam sebulan saya guna 4 pack pampers dewasa dan 2 tin susu. Untuk bil api air kami tak ada tunggakan sebab baru pindah 2 bulan. Saya dah pindah keluar daripada rumah saudara sebelum ni saya tumpang sebab saudara saya nak guna rumah tu. Rumah sekarang ni saya dah buat lama dalam 11tahun dah cuma masa tu saya boleh lagi buatt kerja kat kedai makan dan bina sikit2 rumah tu. Untuk pembedahan anak saya nanti doktor suruh sediakan lebih kurang dalam RM10000.
Sekarang penyakit kencing manis saya semakin teruk. 2 jari kaki telah dipotong. Bil2 banyak tertungak sebab suami tak dapat memberi tumpuan pada kerja. Jari kaki saya dipotong seminggu sebelum raya. Anak saya pulak sekarang alhamdulilah dah sihat. Saya kena dressing setiap hari. Dresing tu saya buat dekat klinik kesihatan sebab doktor USM tak benarkan buat sendiri kat rumah. Memandangkan luka masih lagi baru dan luas. Kalau boleh saya nak dapat kan weelchair untuk bergerak sebab doctor tak benarkan untuk berjalan. Untuk dressing buat kat klinik tu tak ada bayaran sebab free. Sekarang pendapatan tak tentu tapi saya ada terima bantuan daripada Maik jadi boleh guna untuk ubatan dan anak2 sekolah. Maik saya dapat bantuan rawatan dan perubatan untuk setahun dapat RM2500. Jadi saya memang berjimat dengan bantuan tu jela. Suami kerja kalau tak ada temujanji hospital saya atau anak baru suami boleh pergi kerja tapi kebanyakkna cuti lah banyak. Saya ada anak yang sulung tingkatan 4 jadi adik2 makan minum dia yang urus selepas dan sebelum pergi sekolah. Appointment saya punya USM 2 kali sebulan, klinik kesihatan untuk ubat sebulan sekali dan untuk dressing seminggu 3 kali. Anak pulak 3 bulan sekaii USM memandang kan dia dah sihat.