Baru Berusia 19 Tahun Tetapi Diduga Dengan Penyakit Kronik


Baru Berusia 19 Tahun Tetapi Diduga Dengan Penyakit Kronik


MarhaenMY - Nurul Ain binti Zukefley
Kota Tinggi, Johor
Published: Jul 18, 2022
67.45%
RM 5,396.00 RM 8,000.00


260.4
Baki Lot Diperlukan
539.6
Lot Telah Terbeli
219
Penyumbang
3,983
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
800 Lot Ditawarkan

Seorang bapa ditimpa malang berganda apabila bukan sahaja baru kehilangan isteri akibat Covid-19 tahun lalu, malah kini diuji pula de­ngan anak perempuannya yang menghidap penyakit buat pinggang kronik. Zukefley Osman, 52, dari Felda Pasak di sini memberitahu, anak keduanya, Nurul Ain, 18, disahkan menghidap penyakit itu sejak dua minggu lalu selepas mengalami muntah-muntah dan tidak boleh makan. Katanya, pada awalnya dia menyangka Nurul Ain mengalami kemurungan selepas pemergian ibunya, namun tidak menyangka menghidap penyakit itu. “Dia antara anak yang pa­ling rapat dengan arwah. Selepas ibunya meninggal dia banyak mendiamkan diri. Namun lama kelamaan saya lihat mukanya semakin hari semakin pucat.

 

“Bila tanya dia hanya menjawab baik sahaja sehinggalah keadaan kesihatannya bertambah buruk bila tidak boleh makan dan muntah-muntah. “Ketika itu kakinya sudah membengkak. Bila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan dia mengalami masalah buah pinggang kronik dan perlu menjalani dialisis,” .  Terdahulu, Zukefley dikunju­ngi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama, Rosleli Jahari yang menyerahkan bantuan wang sumbangan jiran-jiran, Majlis Belia Felda Malaysia Felda Pasak dan Petron Felda Pasak. Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori selepas majikannya bertindak mengurangkan pekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Menurut Zukefley, kini dia bergantung kepada hasil pendapatan menantunya yang turut menetap di rumah pusaka orang tuanya di sini. “Sepatutnya saya sudah mula melakukan pekerjaan baharu namun perlu ditangguhkan kerana mahu menjaga anak yang menderita sakit ketika ini,” . Ujar Zulkefley, anaknya dijadualkan menjalani rawatan dialisis Isnin ini dan memerlukan kos ke­rana perlu membuat tapak. “Saya amat bersyukur di atas sumbangan ini. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya,” .

 

Kredit : KOSMO 

Read More



Updates




Update 13 / 03 / 23

Keadaan masih sama tengah dialisis, tapi sekarang ada tambah masuk darah sebulan RM80 kerana darah masuk kurang. Saya masih lagi memerlukan bantuan. Adik bradik ada 3 orang. No 1 umur 25 tahun (kakak dah berkahwin), no 2 20 tahun ( Nurul Ain ) dan no 3 umur 17 tahun. Ain masih lagi menjalani rawatan seminggu 3 kali dalisis cuci darah. Sebulan 8 kali masuk darah itu ditanggung oleh baitulmal tetapi darah Nurul Ain masih tak cukup doctor dekat pusat dialisis mahu tambah lagi 2 dos darah than kena tambah lagi RM80 sebulan, 1 dos darah RM40. Nurul Ain kena dialisis 1 minggu 3 kali. Saya baru bekerja sebagai cleaner dekat sekolah.

Update 28 / 07/ 23

Assalamualaikum cik, boleh saya mintak bantuan sikit untuk bayar kos anak sayaa dialisis. Darah merah masih rendah. Ain tak sambung belajar. Dia dialisis setiap Isnin, Rabu & Jumaat. Saya yang hantar dia pergi dialisis. Setiap kali hantar dia saya terus pergi kerja dan keluar kejap balik hantar dia pergi balik rumah dan masuk kerja balik. Kira Ain memang seorang diri kat rumah dan dia masak sendiri atau pun kadang2 kakak hantar lauk kat rumah. Gaji saya sebagai cleaner pulak RM1500. Dia buat rawatan dekat dialisis Iklas. Lepas covid setelah mak meninggal ingatkan dia kemurungan, dalam sebulan tuh dia tiba2 muntah2 pastuh makan tak boleh badan lemah pastuh seluruh badan pucat bawak pergi hospital ambik darah baru dapat tahu darah dalam badan 4persen saja dan hidup buah pinggang tahap 5 sudah. Ain ada dapat JKM RM300 sebulan.

Read More



Recent Contribution
Fatimatul  RM100.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM250.00
First Contribution
AMI  RM10.00

260.4

Baki Lot Diperlukan

539.6

Lot Telah Terbeli

219

Penyumbang

3,983

Pengunjung
Recent Contribution
Fatimatul  RM100.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM250.00
First Contribution
AMI  RM10.00

Kempen Lain