Memerlukan Bantuan Sementara Untuk Keperluan Asas & Persekolahan Anak


Memerlukan Bantuan Sementara Untuk Keperluan Asas & Persekolahan Anak


MarhaenMY - Siti NorBalkis Binti Zamri
Dungun, Terengganu
Published: Jul 22, 2022
41.33%
RM 1,240.00 RM 3,000.00


176.0
Baki Lot Diperlukan
124.0
Lot Telah Terbeli
56
Penyumbang
2,579
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Saya sekeluarga ada 4 orang kesemuanya, iaitu saya, suami dan 2 orang anak perempuan berumur 5 tahun dan 4 tahun. Suami saya baru lepas dibebaskan pertengahan bulan lepas dari pusat tahanan serenti antidadah dan suami sekarang masih tengah mencari pekerjaan. Suami saya ditahan selama 2 tahun dan saya lah yang menyara keluarga semasa suami tiada sampai lah sekarang lepas dia keluar. Saya bekerja sebagai pembantu di kedai makan tepi jalan sahaja dan gaji sehari saya dapat hanya RM15 saja. Sebelum ni saya bekerja tetap dan gaji bulan di KL 2 tahun selama suami di dalam penjara dan bekerja sebagai cashier di cyber cafe internet. Gaji bersih saya dapat RM1200 masa tu. Tapi bulan lepas suami dah bebas dan suami suruh saya berhenti kerja dan suruh saya pindah di kampung suami di Terengganu. Masa saya duduk KL memang anak-anak pun ikut saya juga. Jadi, sumber pendapatan kewangan saya sekarang amat terkesan dan saya tidak mampu menampung perbelanjaan harian dan perbelanjaan sekolah anak. Yuran sekolah anak pun saya sudah tertunggak selama 4 bulan disebabkan saya masih tidak mampu membayar. Sebulan yuran anak RM15. Belum lagi dicampurkan dengan bil api dan bil air. Bil api air start tertunggak bulan lepas. Ekonomi sekarang semuanya harga naik mendadak. Lagi pun sebelum ni mak mentua tolong bayarkan tapi saya tak nak menyusahkan mak mentua saya lagi sebab dia pun dah banyak tolong saya sekeluargakan.

 

Dulu mak saya ada bantu saya juga tapi sekarang takde dah sebab mak baru juga meninggal dunia. Sekarang ni saya duduk di rumah yang mak mertua saya bagi, rumah arwah ayah mak mertua. Jadi saya tak ada kena bayar sewa. Saya pernah dapat bantuan dari orang surau tapi saya dapat bantuan itu pun masa saya duduk di KL bukan di kampung sekarang ni. Saya ada adik beradik tapi adik beradik saya semua tak membantu sebab 4 orang abang saya menghisap. Sebelum suami dimasukkan ke pusat, dia kerja sebagai technician. Kalau nak ikutkan sekarang ni keperluan asas memang tak cukup. Kalau keperluan makanan asas kat rumah saya ni habis. Saya akan pergi rumah mak mentua saya untuk saya ambik makanan apa yang takde di rumah saya. Kalau ikut sebulan ada la dalam RM150 macam tu keperluan. Suami sekarang dah pulih dan sekarang ni suami saya ada sign setiap sebulan sekali dengan AADK.

Read More



Updates




Update 28 / 2 / 23

Keadaan saya sekeluarga yang terkini masih sama. Tak ada perubahan. Sekarang ni saya amat memerlukan bantuan untuk membayar yuran sekolah, membeli alat2 tulis untuk sekolah yang akan di buka tak lama lagi. Suami saya kerja kampung je sekarang ni. Kalau ada orang panggil kerja, baru kerja tapi jika tak ada orang panggil kerja suami tak kerja. Dan gaji suami sehari dibayar RM50 jika berkerja. Macam macam kerja dia buat, potong mesin rumput, buat pagar macam tu la. Suami masih lagi setiap bulan jumpa AADK. Suami pernah interview supermarket di bandar tapi tak ada panggilan.Ssebab itu suami sekarang kerja ikut orang sahaja. Kalau kerja, baru orang panggil suami saya masuk kerja sekali tapi kalau tiada, tiada la. Saya memang tak bekerja, duduk rumah jaga anak2. Memang pernah sangat sangat terputus bekalan, sampai sekarang pun masih sama juga. Di rumah saya tiada apa apa, saya akan pergi rumah mak mentua saya dan ambil makanan di sana. Saya ada baru mohon bantuan maidam tapi bantuan tu tak tahu bila akan dapat. Saya duduk di kampung nak pergi ke bandar tu pakai duit juga untuk isi minyak motor semua. Tahun lepas dapat bantuan bkm. Tahun ni saya tak tahu dapat lagi ke tak sebab saya tak kemaskini pun bantuan tu.

Read More



Recent Contribution
Wan  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Hamba  RM10.00

176.0

Baki Lot Diperlukan

124.0

Lot Telah Terbeli

56

Penyumbang

2,579

Pengunjung
Recent Contribution
Wan  RM10.00
Top Contribution
Hamba Allah  RM150.00
First Contribution
Hamba  RM10.00