Bantuan Buat Fatihah Sekeluarga Selepas Covid


Bantuan Buat Fatihah Sekeluarga Selepas Covid


MarhaenMY - Siti Fatihah Bt Mohammad
Tampin, Negeri Sembilan
Published: Jul 24, 2022
27.8%
RM 983.00 RM 3,500.00


252.7
Baki Lot Diperlukan
98.3
Lot Telah Terbeli
54
Penyumbang
1,549
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Dugaan demi dugaan terus menimpa tiga beranak selepas mereka disahkan positif Covid-19 pada Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan hilang punca pendapatan mengambil upah menjaga kanak-kanak. Siti Fatihah Mohammad, 30, berkata, ibunya, Maimon Md. Yasin, 60, sebelum ini sangat aktif membantunya menjaga dua kanak-kanak sebelum disahkan positif Covid-19. Katanya, ibunya kini ha­nya terlantar dan memerlukan lebih 10 bungkus lampin pakai buang disebabkan otot semakin mengecut serta sukar bergerak.

 

“Sebelum ini kami mengambil upah menjaga kanak-kanak, namun selepas disahkan positif Covid-19, kami tidak dapat berbuat demikian lagi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kategori bantuan ibu tunggal. Kami masih menunggu bantuan lampin pakai buang daripada pihak Baitulmal. Saya tidak boleh keluar bekerja kerana menjaga emak dan seorang anak lelaki berusia lapan tahun. 

 

Menurut Siti Fatihah, dia kini menjual makanan ringan di hadapan rumahnya sebagai usaha untuk menambah pendapatan yang terputus sejak Oktober tahun lalu. Tambahnya, selain itu dia juga perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan pelbagai jenis bil sekitar RM50. “Dengan baki duit bantuan sekitar RM200 sebulan saya berjimat-jimat menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan makanan kami tiga beranak. “Mujur ada pemimpin setempat dan juga badan bukan kerajaan yang menghulurkan bantuan,” katanya yang sudah terputus hubungan dengan seorang kakaknya sejak wanita itu berkahwin pada 2016.

 

Kredit : Penulisan Kosmo

Read More



Updates




Update 6 / 2 / 2023

Mak saya masih tak boleh jalan dan saya sekarang kerja dekat kedai makan sahaja. Saya baru start kerja bulan 1 hari tu. Anak saya, saya jaga kalau saya pergi kerja dia akan tolong tengokkan nenek dia. Mak saya perlukan pampers buat masa sekarang brand DR.P size XL. Dalam sebulan mak pakai 10 beg pampers. Mak tak ada checkup ke hospital tapi nurse akan datang rumah. Nurse datang rumah tengok dia punya masa kadang 3 bulan sekali. Gaji saya dekat kedai makan boss bagi seminggu dan sehari RM40.00. Saya kerja dari Isnin sampai Sabtu dan Ahad cuti, dari pukul 6 petang sampai pukul 1 pagi. Sekarang cuti 3 minggu sebab majikan saya pergi menunaikan umrah. Kedai makan tu jauh sikit lah dalam 20 minit darpada rumah dan saya naik motor pergi kerja. Dari segi kewangan kadang cukup kadang tak cukup. Setakat ni alhamdulillah kami cukup makan. Anak saya ada pergi sekolah. Dari segi persekolahan dia ada juga yang tak mencukupi macam seluar sekolah tak ada lagi, kasut sekolah dan barang2 keperluan sekolah. Sekarang tak ada tunggakan apa2 kecuali motor sahaja. Saya dapat bantuan Baitulmal RM250 sebulan dan JKM RM500.

Read More



Recent Contribution
Ira  RM30.00
Top Contribution
Izzat  RM50.00
First Contribution
Azizul  RM10.00

252.7

Baki Lot Diperlukan

98.3

Lot Telah Terbeli

54

Penyumbang

1,549

Pengunjung
Recent Contribution
Ira  RM30.00
Top Contribution
Izzat  RM50.00
First Contribution
Azizul  RM10.00

Kempen Lain