Bantuan Buat Kak Ida Yang Menjaga Suaminya


Bantuan Buat Kak Ida Yang Menjaga Suaminya


MarhaenMY - Zuraida Bt Abdullah
Tanah Merah, Kelantan
Published: Jul 24, 2022
28.86%
RM 1,010.00 RM 3,500.00


249.0
Baki Lot Diperlukan
101.0
Lot Telah Terbeli
48
Penyumbang
1,083
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Zuraida Abdullah, 40, yang setia menjaga suaminya, Mohd Rafi Ramli, 52, yang memerlukan sepenuh perhatian dan penjagaan selepas terbabit dalam kemalangan sejak lebih dua tahun lalu. Zuraida berkata, akibat kemalangan, suaminya mengalami pendarahan di kepala dan perlu menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepala sebelah kanan. Ia dilakukan bagi membuang darah beku. Suaminya menerima rawatan lebih sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan Hospital Tanah Merah sebelum dibawa pulang. Kesan kemalangan itu turut menjejaskan penglihatan suami apabila kedua-dua matanya kabur. Dia hanya dapat mengecam pelawat berdasarkan suara dicamnya.

 

Suami juga lumpuh separas pinggang ke bawah. Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat keluar bekerja untuk mencari rezeki kerana perlu menguruskan suami seperti memberinya makan selain menukar lampin pakai buang. Zuraida yang turut mengalami masalah pendengaran berkata, ada masanya dia juga buntu memikirkan nasib suami dan hanya mampu terus berada di sisi lelaki berkenaan selain memberi kata-kata semangat.

 

Saya akan tetap setia menjaga suami kerana kami sudah banyak melalui kehidupan susah senang bersama. Pada masa sama, menurutnya, setiap bulan dia perlu menyediakan RM200 untuk kos lampin pakai buang memandangkan sukar untuknya mengangkat suami ke bilik air. "Bagi membeli keperluan suami, ada ketikanya saya berhutang dengan adik-beradik malah jika terdesak, saya berhutang dengan kedai runcit untuk membeli barangan keperluan harian. "Namun, dalam keadaan dihimpit masalah kewangan, saya bersyukur kerana empat anak yang masih bersekolah masing-masing mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kredit : Penulisan Metro

 

Update 27 / 07 / 2022

Keadaan suami sekarang memang tidak boleh berjalan dan tidak nampak. Saya dapat JKM sebanyak RM750 dan untuk rumah sewa tak ada tunggakan sebab saya baru pindah. Anak2 dapat bantuan JKM dari segi kewangan RM150 seorang untuk 5 orang yang bersekolah. Rumah sekarang sewa dalam RM200. Suami pakai pampers size L dan harga pampers tu RM18. Itu pun tahan dalam 4 hari. Keperluan tu kadang-kadang tak mencukupi dan terpaksa pinjam dengan adik beradik. Masa sebelum suami kemalangan tu, suami kerja dekat kebun sahaja dan boleh dapat dalam RM1000. Saya ada 6 orang anak berumur No 1 19 tahun, No 2 16 tahun, No 3 16 tahun, No 4 14 tahun, No 5 10 tahun, No 6 7 tahun. Sekarang anak sulung dah kerja dan dia kerja dekat kilang. Dan anak ada bagi duit untuk beli barang2 keperluan juga.

 

Update 2 / 12 / 2022

Keadaan masih tak ada perubahan, tak boleh jalan lagi dan penglihatan tidak nampak. Suami checkup setahun sekali dekat hospital. Saya perlukan bantuan makanan dan pampers.

Read More



Updates




Update 27 / 02 / 23

Bantulah saya dalam bentuk kewangan. Saya perlukan untuk anak2  kerana nak dekat buka sekolah. Saya ada 5 orang anak sekolah. Saya dapat bantuan dari MAIK dan dari JKM dan juga ada anak sulung saya bagi duit sikit. Saya dapat dari MAIK RM2000 setahun dan dari JKM dapat RM750. Anak saya kerja kedai makan bagi sebulan RM100. Kami memang bergantung dari bantuan itu. Ada pernah putus bekalan tapi hutanglah dengan jiran dan adik beradik. Kalau tak hutang nanti anak2 saya lapar.

Read More



Recent Contribution
AIDIL  RM10.00
Top Contribution
Anas  RM130.00
First Contribution
Azizul  RM10.00

249.0

Baki Lot Diperlukan

101.0

Lot Telah Terbeli

48

Penyumbang

1,083

Pengunjung
Recent Contribution
AIDIL  RM10.00
Top Contribution
Anas  RM130.00
First Contribution
Azizul  RM10.00

Kempen Lain