Rawatan Sakit Kronik Buat Ibu & Ayah


Rawatan Sakit Kronik Buat Ibu & Ayah


MarhaenMY - Ismaon Bin Abdul Karim
Seremban, Negeri Sembilan
Published: Jul 25, 2022
37.17%
RM 2,230.00 RM 6,000.00


377.0
Baki Lot Diperlukan
223.0
Lot Telah Terbeli
97
Penyumbang
1,667
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum wbt,

Nama saya Farhana anak ketiga daripada 4 orang adik beradik berumur 31 tahun dan sudah berkahwin. Abang sulung saya dah meninggal dan kakak saya dah berkahwin dan kerja dekat kantin sekolah. Manakala adik saya belum berkahwin dan kerja dekat kedai makan. Saya sebagai wakil kepada ayah saya Ismaon ingin memohon sumbangan orang ramai untuk meringankan beban kami sekeluarga. Ayah dan ibu saya tidak bekerja sekarang disebabkan masalah kesihatan. Ayah saya menghidap penyakit darah tinggi dan masalah buah pinggang tahap lima. Manakala ibu saya menghidap penyakit kencing manis dan gastrik yang agak teruk sehingga menyukarkan beliau untuk membuat kerja2 harian. Mak saya kena cucuk insulin dan badan dia selalu lemah2. Kos rawatan dialisis ayah saya mencecah RM3,000 lebih sebulan. Alhamdulillah kami mendapat bantuan daripada pihak baitulmal untuk membiayai kos rawatan ayah saya namun, kos rawatan bulanan masih tidak mencukupi sebab pihak baitulmal cuma bantu dalam RM2,500 tapi rawatan ayah melebihi daripada jumlah tersebut. Ayah saya dah lama sakit tapi untuk sakit buah pinggang kena dialisis ni baru sebulan jalani rawatan di pusat rawatan dialisis Azalea. Sebelum ni mak dan ayah meniaga sama-sama secara kecilan sahaja.

Saya ada anak seorang dan kerja sebagai eksekutif akaun. Anak berumur 2 tahun. Saya dah kerja dekat nak 7 tahun rasanya sebab lepas habis belajar terus saya kerja. Sekarang saya kerja dekat company swasta. Suami saya pun bekerja juga. Mak ayah saya tinggal kat rumah saya dekat area Seremban dan saya tanggung rumah dan bil2 semua sebab ayah ibu dah tak bekerja. Saya pulak tak tinggal Seremban sebab menyewa dekat Selangor. Sebelum ni 3 tahun lebih ulang alik dari Seremban ke tempat kerja tapi sekarang saya baru sebulan duduk Selangor sebab nak jimat kos dan masa. Saya menyewa kat Selangor dengan sewa RM900 sebulan. Adik saya tinggal dekat Sikamat dalam 20 minit dari rumah kat Seremban. Dia duduk situ sebab dia tak ada transport nak pergi kerja. Saya dan adik beradik share bagi duit belanja or beli barang dapur sama2 untuk ibu ayah tapi rumah bil2 semua saya yang bayar. Semalam 21/07/2022 ayah saya kena tahan wad sebab dia ada infection. Dah masuk hari kedua ayah dekat hospital, kena tunggu doktor inform bila boleh keluar. Itu pun kena tunggu petang ni.

Ayah saya telah menjalani sebanyak 22 rawatan Hemodialisis. Namun memandangkan bacaan hemoglobin (darah merah) pada awal fasa cumalah sebanyak 8.4 %, jadinya pada 6hb Julai 2022, bacaan hemoglobin telah naik sebanyak 0.4%. Ini menjadikan jumlah hemoglobin yang telah dicatat di Pusat Dialisis Azalea adalah 8.8%. Walaupun ini adalah berita baik untuk saya, namun Doktor Pakar Pusat AZALEA meminta untuk pihak saya menanggung extra kos suntikan supaya ayah saya dapat kembali menjalani aktiviti seperti biasa. Sehingga kini, ayah saya terpaksa rehat lebih sehari selepas melakukan rawatan Hemodialisis berbanding dengan pesakit-pesakit baru HD. Hal ini kerana, kenaikan 0.4% hemoglobin ini tidak mampu menangggung badan ayah saya untuk melakukan aktiviti harian. Para Doktor Pusat AZALEA menyarankan sekurang kurangnya 13/14 suntikan untuk ayah saya mendapat bacaan hemoglobin yang ideal. Bila baitulmal bagi RM2500 dan disebabkan itu pihak dialisis mengurangkan kadar ubat ayah saya. Untuk bulan July, saya terpaksa tambah duit sendiri sebab bacaan ayah saya pekat. Jadi pihak dialisis kena tambah ubat dan saya kena bayar kos tambahan tersebut.

Kami sekeluarga agak buntu untuk membayar kos rawatan ayah saya secara berterusan selama ayah saya menjalani rawatan dialisis ini. Setakat makan insya allah cukup untuk keluarga saya sendiri cukup. Kalau nak berbelanja lebih tu macam biasa2 je. Ada duit beli, kalau tak ada duit tak adalah dan kena tunggu gaji macam tu je. Yang penting settle bayar komitmen setiap bulan. Buat pengetahuan pihak tuan, ayah saya masih berada di wad Hospital Tunku Jaafar, Seremban sebab jahitan dileher terbuka dan mengalami sedikit infection. Justeru itu, amatlah kami berbesar hati jika ada insan yang sudi membantu sekaligus meringankan beban kami terutamanya dari segi kewangan.

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
RM130.00
First Contribution
Alya  RM20.00

377.0

Baki Lot Diperlukan

223.0

Lot Telah Terbeli

97

Penyumbang

1,667

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
RM130.00
First Contribution
Alya  RM20.00