Suami Menderita Strok Lumpuh Separuh Badan Tidak Dapat Mencari Rezeki


Suami Menderita Strok Lumpuh Separuh Badan Tidak Dapat Mencari Rezeki


MarhaenMY - Sofian Bin Hamzah
Kota Tinggi, Johor
Published: Aug 01, 2022
26.29%
RM 920.00 RM 3,500.00


258.0
Baki Lot Diperlukan
92.0
Lot Telah Terbeli
52
Penyumbang
1,311
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini suram buat enam beranak apabila ketua keluarga diserang strok sehingga menyebabkannya lumpuh separuh badan. Sofian Hamzah, 39, juga tidak mampu menelan sebarang makanan hampir sebulan lalu. Isterinya, Rosmahera Mohd.Ali, 36 berkata, suaminya yang menjadi tempat bergantung dia bersama empat anaknya kini hanya mampu terbaring. Katanya, Sofian yang beker­ja sebagai operator loji Syarikat Air Johor kini terpaksa menggunakan sijil cuti sakit yang diberikan doktor sebagai pelepasan daripada hadir be­kerja. “Tiga hari ketika kita bersiap sambut Ramadan, suami pengsan tiba-tiba. Doktor memaklumkan bacaan darah tingginya terlalu tinggi menyebabkan berlaku masalah saraf dan turut memaklumkan bahagian kiri badan suami di­serang strok.

 

Suami adalah tempat kami bergantung hidup kerana saya hanya suri rumah. Tahun ini kami anak-beranak memang tidak beraya sangat, duduk di rumah sahaja, tambahan pula suami sering ulang-alik keluar masuk hospital. Rosmahera berkata, suaminya masih mendapat gaji asas daripada majikan yang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan kos perubatan. Menurutnya, doktor memaklumkan perut suaminya telah me­ngalami luka, menyebabkan dia tidak dapat menerima sebarang makanan sehingga berat badan suaminya menyusut. “Selain darah tinggi, suami turut menghidap sakit jantung dan kencing manis. “Selepas berubat dan pergi berurut, alhamdulillah baru-baru ini suami sudah boleh terima makanan lembut,” ujarnya.

 

Tambahnya, dia kini mengambil tempahan mengurut bagi mencari wang tambahan kerana suaminya perlu memakai lampin pakai buang selain susu dan kos rawatan yang perlu ditampung. Katanya, salah seorang anak­nya adalah orang kelainan upaya (OKU), manakala anak keduanya mengalami masalah semput. “Kesemua anak-anak masih bersekolah dengan yang sulung berusia 15 tahun yang juga OKU hiperaktif, anak kedua usia 13 tahun, ketiga 11 tahun dan yang bongsu berumur 9 tahun. “Sejak bapa mereka sakit, anak-anak kadangkala terpaksa dicutikan sekolah,” katanya.

 

Kredit : Kosmo 

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Yeoh  RM100.00
First Contribution
Syaffi  RM10.00

258.0

Baki Lot Diperlukan

92.0

Lot Telah Terbeli

52

Penyumbang

1,311

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Yeoh  RM100.00
First Contribution
Syaffi  RM10.00

Kempen Lain