Suami Pekerja Kontrak, Terputus Bekalan Susu Anak


Suami Pekerja Kontrak, Terputus Bekalan Susu Anak


MarhaenMY - NOOR ASIKIN BINTI ABDUL SALAM
Sri Aman, Sarawak
Published: Aug 02, 2022
18%
RM 540.00 RM 3,000.00


246.0
Baki Lot Diperlukan
54.0
Lot Telah Terbeli
28
Penyumbang
1,039
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum. Nama saya Noor Asikin dan saya seorang suri rumah. Saya dah berkahwin 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak perempuan berumur 8 tahun, anak kedua 5 tahun dan yang ketiga berumur 8 bulan yang masih memerlukan bekalan makanan dan susu. Saya duduk rumah sewa dan sewa sebulan RM250. Setakat ni memang tak ada tunggakan rumah sewa. Untuk bil api dan air pun kami tak ada tunggakan. Walaupun suami saya hanya kerja kampung dan belum tetap tapi dia masih boleh bayar bil-bil rumah. Saya juga ada membantu mertua menjual kuih muih tapi kadang2 agak merosot jugak. Saya bantu mertua masa saya datang ke rumah mertua di Sri Aman. Saya tinggal di Kuching. Masa saya isi form ni saya dekat rumah mertua, selalu kami akan jenguk mertua dalam seminggu 2 macam tu. Balik kalau anak-anak saya cuti sekolah. Paling lama 2 minggu. Jadi kalau saya tolong mertua berjual dapat la sehari RM120 kadang-kadang kurang daripada tu. Saya sendiri pun berjual kuih muih dan kalau balik kampung, saya berjual dengan mak mertua bantu2 dia buat kuih. Kira dapat upah dari mak mertua tu upah buat kuih. Disebabkan adanya whatsapp dapat juga nak post kat group kampung. Kadang-kadang tu ada juga tak habis jual dan kalau hujan memang tak jalan jualan saya. Jadi pendapatan saya seharian tu pun tak mencukupi, modal jualan lagi nak kena tolak dan kalau ada lebih tu baru buat belanja.

Saya selalu start berjual jam 5.30am dah start goreng2 dan jam 6 dah siap dijual depan rumah. Pendapatan saya berjual untuk seharian tu RM120 kadang2 kurang dari tu. Tambah lagi nak pergi jual jauh tak boleh sebab nak kena ambil anak2 balik skolah. Nak jaga anak yang kecik sambil berjual lagi. Memang payah lagi-lagi kalau bab anak kena demam, batuk tu semua perlukan duit. Nak bawak anak klinik apa semua lagi. Suami saya kerja kontrak buat kerja tukang buat rumah orang dan makan gaji sebanyak RM60 sehari. Kadang2 bekalan makanan anak2 dan susu bayi tidak dapat dibelikan sebab masih ada masalah kewangan. Gaji suami pulak RM60 sehari itu pun kalau ada yang bawak dia bekerja. Kalau nak cakap pasal gaji suami tu cukup2 untuk bayar sewa, bill api air. Selebihnya simpan pakai tambah beli keperluan anak kecil. Kami pulak tak ada dapat bantuan lain hanya ada bantuan BKM sahaja. BKM tu je harapan untuk belanja sebulan2. Keperluan asas kami masih belum mencukupi, kadang2 tu tak ada lauk pauk dan barang dapur. Kalau goreng nasi garam guna ajinamoto je. Tu pun cukup makan anak2. Tambah lagi anak kecil banyak pakai duit susu dan pampers. Anak yang kecil guna pampers whopee size Xl dan susu ducthlady. Kalau susu dia selalu saya beli yang 850gram tu 4 hari je dia menyusu. Anak-anak alhamdulillah pergi sekolah cuma untuk belanja sekolah tu kadang ada dan kadang tak ada. Alhamdulillah dorang pun faham kalau saya cakap tak ada.

Kami ada kenderaan sejenis motosikal. Itupun masih loan dan belum habis lagi. Motorsikal tu je harapan kami sekeluarga untuk pergi mana-mana dan untuk suami ulang alik turun kerja. Itu pun ada tunggakkan 2 bulan disebabkan tak cukup duit untuk bayar bulanan. Alhamdulillah owner kedai faham dengan keadaan kami. Saya dengan suami bayar motor sebulan RM210 dan hanya tinggal 3 tahun lagi untuk tempoh motor tu baru habis loan sebab saya dan suami saya loan motor tu tahun 2020. Masa ambik motor tu kena bayar RM900 baru keluar motor tu jadi bayar bulanan RM210 dalam tempoh 6 tahun.

 

Update 27 / 09 / 2022

Keadaan kami ada la okay sedikit. cuma keperluan baby tu selalu ada masalah dari segi pemakanan, susu formula, lampin pakai buang. Tambah lagi harga barang semua dah naik harga.

 

Update 1 / 12 / 2022

Alhamdulillah ada ok. Sekarang pun suami dah berkerja tetap driver lori pada bulan 10.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Kika  RM50.00
First Contribution
Maz  RM20.00

246.0

Baki Lot Diperlukan

54.0

Lot Telah Terbeli

28

Penyumbang

1,039

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
RM10.00
Top Contribution
Kika  RM50.00
First Contribution
Maz  RM20.00

Kempen Lain