Assalamualaikum semua.
Nama saya Afifah Aliah dan saya terdesak sebenarnya. Saya buat business makanan memasak dan delivery sendiri tapi lepas kena slip disc saya slowkan sikit business dan sekarang mengharapkan business dropship semata. Dan juga saya mengharapkan husband seorang sahaja untuk dia tolong tampung rawatan dan dia la bayar rumah sewa semua. Saya ada pergi sekali ke pusat rawatan chiropractic di Kinding Raya. Saya dan suami belum dikurniakan anak lagi sebab baru lagi kahwin tak sampai setahun. Suami saya bekerja sebagai butler tapi belum mendapat gaji lagi sambil dia buat part time grab. Cuma disebabkan roadtax mati dan kami tak mampu renew dia terpaksa stop grab. Dan dia juga ada buat part time mengajar kompang tapi belum dapat bayaran juga. Untuk slip disc saya tu awal2 tu saya ada whatsapp tempat yang buat chiropractic. Sebab masa tu dah tak boleh jalan dan jalan macam nenek yang tongkat tiga. Penyebab slip disc saya ni mungkin sebab masa saya belajar dulu saya kerap duduk dan kadang baring sekejap2 je. Sampai saya kerap sakit tulang belakang. Lepas tu saya bekerja di hotel sebagai housekeeping angkat katil semua. Satu hari tu saya sakit sangat sampai nak berdiri tu kena macam nenek bongkok tiga tu saya decide pergi rawatan chiro. Lepas tu saya sambung buat bisnes saya, saya ada surat SSM dan saya start November tahun lepas. Kalau ikutkan saya buat bisnes lepas spm tapi bila saya sambung belajar saya stop.
Dekat rawatan chiro tu lah dia check tulang dan dari situ dia cakap slip disc. Kalau ikutkn dia perlu paling minumum sebulan sekali kena buat rawatan tapi sekarang saya tak mampu. Rawatan chiro tu RM50 sekali rawatan. Buat masa sekarang tak buat rawatan chiro cuma saya ada beli lapik back massager stretcher untuk belakang saya tapi sekarang makin mnyucuk rasa dia. Mungkin sebab tak pergi rawatan. Saya beli back massager stretcher tu murah sahaja dalam berbelas macam tu. Untuk bisnes saya, saya buat macam-macam jenis makanan saya masak dan buat delivery sebelum ni. Saya delivery seluruh kawasan Ipoh. Kalau untuk pos saya tak ambik. Saya ada 4 orang adik beradik dan saya sulung. Adik beradik saya belum bekerja sebab masih lagi sekolah. Suami pulak ada 2 beradik sahaja dan tiada bapa. Mak suami memang tak bekerja jadi suami perlu jaga maknya kerana dia seorang saja anak lelaki. Suami ada kakak tapi sudah bercerai dan diberhentikan kerja dan ada dua orang anak yang tinggal sekali. Jadi sekarang suami yang kena tanggung semua. Bila suami kerja sebagai butler dia kena ikut function sebab tiada gaji tetap per bulan. Sebab tu suami buat part time mengajar dan juga grab. Gaji dia bila campurkan semua dalam dalam RM1000 / RM1300 macam tu. Bila bulan ni roadtax saya mati, disc break kereta pun rosak kami memang tak ada transport nak pergi mana-mana. Dan juga menjadi salah satu punca pendapatan kerana buat grab. Untuk sewa rumah RM800 dan tunggakan dalam bulan ni.
Tunggakkan bil api air dalam RM200 untuk rumah mak mertua yang suami saya tanggung. Saya ada mintak bantuan dekat family saya juga tapi disebabkan ayah saya seorang sahaja yang bekerja dan adik saya masih lagi bersekolah jadi saya tak nak menyusahkan mereka juga. Kami tidak tinggal sekali dengan mak mertua tapi kena menanggung sahaja. Keperluan asas alhamdulillah masih mencukupi sebab suami saya masih buat part time. Saya ada tanya sebut harga roadtax kereta, saya jumpa di shopee paling murah, kalau di luar RM700 lebih. Bil air pulak harini dah kena potong. Saya betul-betul tak tahu nak buat macam mana sebab memang suami yang kena tanggung semua. Rumah sewa kami kelengkapan semua ada. Macam saya bagitau , untuk hidup kami masih ada tempat berteduh. Cuma kalau kami tak bayar rumah sewa ni mungkin kami akan kena keluar. Saya malu sebenarnya tapi saya memang sumpah demi Allah sampai tahap nak jual kereta tapi itu sahaja transport kami ada untuk nak cari rezeki. Jika sesiapa sudi membantu sangatlah saya berbesar hati dan bersyukur, semoga Allah membalasnya dan dimurahkn rezeki.
Saya masih lagi menjalani rawatan. Sekarang suami saya buat part time grab juga untuk tampung perbelanjaan kami. Cuma kadang2 ada part time catering dia akan join jugak untuk tambah2. Suami akan dapat RM80 - RM100 bergantung kepada event. Saya tak kerap buat rawatan dan masih menggunakan lapik back massager stretcher untuk belakang saya. Alat tu cuma untuk kurangkan kalau time saya sakit sangat tu ada la. Kalau long term tak cuma untuk sakit sahaja. Rawatan ke klinik tu memang saya tak pergi tapi kadang2 je saya pergi ke pusat chiropractic kalau ada sampai tak boleh jalan tu. Pusat chiro tu tempat untuk check dan rawat berkenaan tulang.