Assalammualaikum. Nama saya Sharina dan disini saya ingin memohon bantuan untuk keluarga saya. Saya ada 3 orang anak. Suami dulu dah bercerai hidup dah 14 tahun. Dua anak dengan suami yang dulu. Yang sulung 19 tahun dah kahwin dan dia juga seorang OKU, yang no 2 umur 12 tahun dan yang ke tiga umur 3 tahun (suami sekarang). Dan saya kahwin dengan suami sekarang dah 4 tahun. Sekarang suami saya masuk pusat pemulihan 2 tahun dan dia baru masuk 2 bulan. Jadi sekarang saya kurang pendapatan sebab saya jaga ibu saya yang sakit strok lagi. Lepastu tu ayah saya pesara Mara tidak ada pencen. Sebelum suami masuk pusat serenti kami buat urut sahaja. Sekarang saya buat tapi tak ramai customer dan saya buat dekat rumah. Satu badan RM50 untuk satu jam dan kalau kaki setengah jam RM25. Sebulan saya dapat dalam RM100 ke RM200 saja. Lepas tu orang pun tak ramai ada dua tiga orang saja. Ayah saya ada dapat JKM sebanyak RM500. Dulu mak saya ada pergi hospital tapi sekarang ni dah tak pergi sebab mak saya tak ada perubahan. Mak ayah saya juga ada kena makan ubat. Sehari kena makan dua kali dan saya beli dekat klinik swasta. Ayah saya ada darah tinggi dengan kolestrol dan kena pergi chek 2 minggu sekali dekat hospital.
Saya tinggal di Bukit Mertajam. Saya duduk rumah PPR. Mak ayah saya pula datang tinggal dengan saya di sini, mereka ada rumah di Kedah, Macam ayah saya duduk dengan saya kadang kadang dia balik Kedah. Kalau saya datang Kedah sebab nak bawak mak saya pergi berubat dekat Perlis. Jadi setiap kali kami datang Kedah sebab nak bawak mak saya pergi berubat tu yang balik rumah ayah saya ni kadang kadang nak tengok rumah ni. Kami tak ada tunggakan rumah sewa cuma ada tunggakan bil api air. Rumah sewa saya sebulan RM100 sahaja. Saya juga pemegang kad OKU yang kurang pengelihatan di kedua-dua mata. Saya ada dapat bantuan sebulan RM450 tapi total semua tak sampai seribu dalam RM600 / RM700 saja. Untuk keperluan asas saya memerlukan pampers dan susu untuk anak dan ibu saya dan juga belanja sekolah anak. Kira dalam sebulan keperluan saya dekat RM300. Anak saya guna susu 6 packet dan pampers 3 packet besar sebulat. Ibu saya guna susu enprovis harga RM120. Kalau minta bantuan anak sulung pun anak pun tak mampu juga. Jadi sekarang ni saya betul2 memerlukan bantuan dari pihak marhaenmy.
Beli susu dengan pampers mak dan saya guna sikit beli susu anak saya. Setiap bulan bawak mak pergi berubat dekat Klinik & Surgeri Sedhu Ram dan harga kena bayar RM98. Anak sebulan dalam 5 6 packet dia pakai. Susu anak saya tu pun dalam RM32 sepacket.
Sekarang ni mak saya ada jangkitan kuman, darah beku dalam paru-paru. Kalau dia boleh keluar ,pembelanjaan ubat sebulan dalam RM300 untuk
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.