Mencari Pendapatan Dengan Meniaga Nasi Kerabu Selepas Suami Terlantar Koma


Mencari Pendapatan Dengan Meniaga Nasi Kerabu Selepas Suami Terlantar Koma


MarhaenMY - Nur Syamsinar Bt Sudin
Gua Musang, Kelantan
Published: Aug 08, 2022
99.57%
RM 5,576.00 RM 5,600.00


2.4
Baki Lot Diperlukan
557.6
Lot Telah Terbeli
222
Penyumbang
3,654
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
560 Lot Ditawarkan

Seorang penjual nasi kerabu tetap berharap suaminya sembuh seperti sediakala meskipun kini terlantar koma di rumah mereka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil selepas terbabit kemalangan tiga tahun lalu.Nur Syamsinar Sudin, 30, kerap menitis air mata menge­n­angkan nasib suaminya, Aziz Ibrahim, 32, sejak kejadian itu, namun tetap tabah menjaga lelaki tersebut sepanjang masa. Menurut Nur Syamsinar, sebelum ini, suaminya yang bekerja sebagai jurujual kerusi urut terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah dekat sini pada Januari 2019. Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang Aziz terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan lelaki itu mengalami pendarahan di kepala dan perlu menjalani pembedahan. “Disebabkan kejadian itu, suami saya koma dan tempurung kepalanya terpaksa dibuang selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan.

 

“Selepas terlibat kemalangan, suami saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali di kepala dan tulang belakang,” Terdahulu, Nur Syamsinar menerima kunjungan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) diketuai Pengurus Projek Sektor Kemiskinan, Muhammad Azri Abdul Jalil yang menyampaikan bantuan makanan kepada keluarganya. Bercerita lanjut, Nur Syamsinar memberitahu, suaminya menerima bantuan Jabatan Kebaji­kan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu.

 

Tambahnya, bagi menampung perbelanjaan makan dan minum mereka sekeluarga termasuk seorang anak yang berusia lima tahun, dia menjual nasi kerabu. “Saya tidak akan berputus asa berdoa agar suami kembali sembuh seperti sediakala meskipun mengambil masa yang lama. “Kami sekeluarga berharap suami sedar suatu hari nanti ke­rana rindu untuk berpuasa dan menyambut hari raya bersama­nya,” katanya. Kredit : Kosmo

Read More



Updates




Update 14 / 11 / 2022

Suami saya masih koma dan dirawat di rumah. Saya masih memerlukan keperluan dari segi susu dan pampers. Kalau pampers 8 pack brand Dr.P dan susu ensure gold untuk tin kecik 30 tin kalau tin besar 15 tin. Susu bertahan selama sebulan. Dari segi kewangan tak cukup sebab saya perlu bekerja sambil jaga suami saya. Pendapatan saya anggaran dalam RM650 sebulan. Rumah yang kami duduk ni rumah mak dan tak ada bayar. Bil elektrik kami ada tertunggak.

Read More



Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Zahrul  RM300.00
First Contribution
MOHAMAD  RM20.00

2.4

Baki Lot Diperlukan

557.6

Lot Telah Terbeli

222

Penyumbang

3,654

Pengunjung
Recent Contribution
ANNESA  RM10.00
Top Contribution
Zahrul  RM300.00
First Contribution
MOHAMAD  RM20.00

Kempen Lain