Alor Setar: "Saya buntu memikirkan masalah kewangan dialami, anak disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat, suami pula dibuang kerja kerana banyak mengambil cuti menjaga anak sakit," kata Intan Shakira Azhar, 25. Menurut Intan Shakira, anak tunggal mereka, Muhammad Hadi Rafie Muhammad Khidhir, 2, disahkan menghidap kanser itu (ketumbuhan dalam perut) sejak April lalu menyebabkan mereka terpaksa berulang alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) rawatan. Katanya, suaminya, Muhamad Khidhir Johari, 26, sebelum ini bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di bandar raya ini tetapi selepas diberhentikan kerja, dia hanya duduk di rumah.
"Kadang-kadang suami turun kutip barangan seperti cerek, alat elektrik terbuang di tong sampah dan balik ke rumah untuk membaikinya. "Dia kemudian menjual semula barangan itu selepas siap dibaiki dan wang yang diperoleh itu digunakan untuk makan minum harian kami," katanya, hari ini. Intan Shakira berkata, sejak itu juga mereka tidak dapat membayar rumah sewa yang tertunggak sejak beberapa bulan lalu. Katanya, anaknya mula dikesan menghidap kanser itu apabila demam berpanjangan sehingga sebulan menyebabkan dia dan suami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan. "Anak kami dimasukkan ke wad selama tiga hari dan doktor hanya memberi ubat tambah darah ketika itu sebelum dibenarkan pulang.
"Namun tidak lama kemudian Muhammad Hadi demam semula dan ditambah pula dengan sakit perut serta sembelit menyebabkan kami membawanya semula ke HSB. "Doktor beritahu usus anak tersumbat dan diberi ubat sebelum dibenarkan pulang tetapi esoknya saya dapati terdapat ketulan di bahagian pinggang sebelum membawanya sekali lagi ke hospital," katanya. Menurut Intan Shakira, anaknya kemudian menjalani ujian X-ray dan doktor mengesahkan ketulan itu adalah kanser selain darah dalam badannya juga tidak normal dan perlu dirujuk ke HPP untuk tindakan lanjut. Katanya, ketika itu anaknya disahkan positif Covid-19 menyebabkan pembedahan memasukkan kemopod terpaksa ditangguh dan mengambil masa dua bulan.
"Sekarang ini anak saya sudah tujuh kali menjalani rawatan kemoterapi di HPP dan doktor selepas perut anak saya makin membesar dan kanser itu sudah merebak ke bahagian kaki, tulang paha kanan dan lutut kiri kanannya," katanya. Menurutnya, doktor memberitahu anaknya perlu kemoterapi tambahan sekurang-kurangnya empat hingga lima kali untuk mengecutkan bengkak itu sebelum menjalani pembedahan lain. Katanya, namun disebabkan kekangan kewangan, dia dan suaminya terpaksa berhutang membayar bil hospital selain terpaksa meminjam kereta rakan setiap kali hendak ke Pulau Pinang. "Anak pula hanya minum susu formula khas yang agak mahal dan perlu dibeli dua minggu sekali kerana selepas kemoterapi dia tidak berselera makan," katanya. Kredit : Metromy
Salam tuan/puan, anak saya akan operation 1 / 09 / 22 ni di HSB Alor Setar. Operation untuk buang kanser ketubuhan dikelenjar dia. Anak saya sekarang di rumah lagi. Saya dah mohon zakat, Alhamdulillah dah dapat sebulan RM300 dan JKM dah mohon tapi tak dapat lagi. Benar saya masih belum mampu bekerja lagi, sekarang saya masih lagi bawak anak saya ke Daycare di Hospital Sultanah Bahiyah, setiap hari cuma hari ni sahaja free. Untuk harga operation anak saya harga itu asya masih lagi tak dapat jawapan, hari isnin saya akan berjumpa dengna pakar bedah, nanti saya akan tanya semula.
Sekarang saya berada dalam hospital , pakar bedah nak jumpa saya nanti saya bagitau berapa kos pembedahan.
Saya dah tanya kpada bahagian pembayaran tapi mereka cakap hospital kerajaan tidak la mahal sangat anggaran seribu ke bawah. Anak saya baru keluar picu semalam. Hari ni masih di pantau dalam wad 5b.
Alhamdulillah anak saya semakin membaik, sekarang masih lagi dengan rawatan kimoterapi .. Esok akan buat ct scan di hospital Sultanah Bahiyah.. 1/3 akan buat scan MIBG masukkan nuklear dalam badan untuk tengok sel kanser dalam badan.. Jika clear doctor akan update untuk ke hospital kuala lumpur, buat transplan (tukar air tulang belakang)(air sumsum) .. Kami masih lagi memerlukan bantuan kewangan.. Alhamdulillah sekarang saya dah boleh bekerja dah, bekerja 10 hari dalam sebulan sebagai mekanik kereta.. Gaji saya tak tentu sebab berpandukan job .. Saya tak boleh nak kerja full time sebab saya kena bawa anak saya ke day care di Hospital Sultanah Bahiyah setiap hari.. Segala resit day care semua ada, kadang2 jika darah dia dah okay , doctor akan buat day care selang sehari.. Isteri saya suri rumah sepenuh masa memang tak bekerja.. Kami ada tunggakan sewa rumah, bil api dan air tapi dah tak banyak sebab bayar sikit2.. Kami ada dapat bantuan JKM (RM200) dan Zakat (RM300) setiap bulan.
Sekarang ni hadi sedang jalani rawatan radiotherapy. 17 kali radioterapi dan harini baru 4 kali. Sehari sekali kena pergi.
Kimoterapi dah habis, radiotherapy pun dah habis. Sekarang cuma tunggu keputusan scan sahaja , baru scan 30/8. 13hb ni saya bagitau balik apa kata doc. Terima kasih atas bantuan dari marhaen , kami sangat mengharapkan bantuan dari marhaen , saya ulang alik ke hospital Pulau Pinang sebulan 6-7 kali , dengan bantuan marhaen dapatlah saya menampung kos minyak kereta dan tol serta makan minum.