Ibu lima anak, Rosmini Ismail buntu memikirkan cara mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya, Siti Nur Alyah Aznan, 17, di sebuah pusat perubatan swasta dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin depan. Rosmini, 48, yang menetap di Kuala Ketil, Kedah berkata, pembedahan itu diperlukan bagi merawat anaknya yang patah tulang belakang akibat terjatuh di tandas sekolah pada 8 Julai lalu.
Menurutnya, pembedahan perlu dilakukan segera namun dia sekeluarga kini baru mengumpul kira-kira RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan. "Kami sekeluarga tidak tahu mengenai apa yang terjadi sehingga Siti Nur Alyah mengadu sakit belakang kira-kira dua minggu selepas itu. "Bagi mendapatkan kepastian, anak sulung saya (Noor Firdaus Abdul Rahim, 37) membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah dan pada waktu itu baru doktor memaklumkan punca penyakitnya. "Sudah beberapa sesi rawatan susulan dilakukan dan doktor akhirnya mengesyorkan pembedahan kerana ada kemungkinan untuk lumpuh jika tidak dilakukan segera," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurutnya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya melihat Siti Nur Alyah yang dulunya sihat kini tidak dapat berjalan.
"Kalau boleh, saya sanggup ganti tempatnya itu kerana tidak mahu melihatnya terus derita. "Sehingga ke hari ini, saya sekeluarga tidak henti berikhtiar mencari wang bagi menampung kos pembedahannya. "Saya sampai ke tahap tidak lalu makan dan minum memikirkan hal itu malah kami sekeluarga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur pada Ahad depan tetapi wang diperlukan masih belum cukup sehingga hari ini" katanya Di sebalik ujian itu, Rosmini berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan dan mendoakan anaknya. "Alhamdulillah, ramai yang prihatin malah ada dalam keluarga keluarga, rakan dan penduduk setempat menghulurkan sumbangan. Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda semua," katanya. Sementara itu, menantu Rosmini, Noor Firdaus berkata, keluarganya sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Kedah dan kini permohonan itu kini sedang diproses.
"Masa semakin suntuk tetapi saya dan emak cuba berikhtiar dengan cara lain iaitu ke bank untuk memohon bantuan pinjaman tetapi agak sukar kerana perlu menunggu tempoh kelulusan yang mungkin mengambil masa. "Selain itu, kami juga ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diharap permohonan diluluskan," katanya. Kredit : Metro
Alyah masih lagi follow up dengan rawatan terapi. Dalam sebulan dia kena pergi 1 kali. Alyah telah menjalani operation pada 8 / 3 / 2021. Kami ada mohon zakat dan dapat RM3000. Duit zakat tu kami guna untuk operation Alyah. Duit zakat tu pun kami cuma dapat sekali sahaja. Kami tinggal rumah sewa dan sewa RM560 sebulan. Rumah sewa kami juga ada tunggakan selama 2 bulan. Dalam keluarga saya, cuma bini saya sahaja yang kerja okay iaitu kerja kilang dan saya baru mula nak cari kerja. Gaji isteri saya RM1500 sebulan. Kami ada 9 orang yang tinggal sekali, adik ipar 3, mak, ayah, adik (15 tahun dan 18 tahun), abang (28 tahun) dan anak umur 4 tahun seorang. Ayah saya (63 tahun) ada kerja kampung sebagai sapu sampah dan gaji dia sebanyak RM1200, mak pulak tak bekerja dan adik perempuan pun tengah mencari juga. Abang tak kerja sebab dia baru keluar penjara. Sekarang umur Alyah dah 19 tahun. Kami tak ada dapat mana2 bantuan makanan, kalau ada makanan kami makan kalau tak ada kami ikat perut. sebab kami orang susah tak ada orang nak bantu pun.
Alyah masih pergi hospital 1 bulan sekali untuk buat terapi. Nak kena pergi Terengganu dan tunggu doktor sana nak hantar e-mel bila tarikh temujanji. Buat masa ni makan apa yang ada sahaja. Sekarang ni memang tunggu hospital Terengganu call untuk tengok balik keadaan tulang belakang Alyah. Mungkin lepas raya. Keadaan dia kat hospital Terengganu cakap dia tak boleh buat kerja berat buat sama ni 1 bulan sekali dia kena pergi buat terapi yang bayar pun. Terapi tu kena bayar. Dekat dalam RM200. Dalam masa terdekat kalau dia buat kerja dia selalu bagitau pinggang akan rasa sakit dekat tempat operate.