Bukan sedikit dugaan yang ditanggung Tengku Susilawati Tengku Omar, 43, apabila dia terpaksa menggalas tugas menyara keluarga termasuk tiga anak dan pada masa sama menjaga suami yang sakit sejak enam bulan lalu. Kehidupan mereka sekeluarga berubah selepas suaminya, Tengku Azahar Tengku Husin, 44, yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan jatuh sakit akibat penyakit kencing manis kronik.
Tengku Azahar tidak mampu berjalan kerana mengalami luka serius pada bahagian kaki sehingga bernanah akibat penyakit terbabit dan perlu membuat rawatan secara berterusan. Sejak itu, tanggungjawab menyara keluarga digalas Tengku Susilawati dengan berniaga hasil laut seperti ikan, sotong dan udang selain keropok serta ikan kering secara dalam talian selain membuat penghantaran dari rumah ke rumah. Tengku Susilawati berkata, pendapatan berniaga hasil laut tidak seberapa berikutan masa untuk berniaga terbatas kerana perlu menguruskan tiga anak yang masih bersekolah serta menjaga dan merawat suami.
“Luka pada kaki suami yang bernanah perlu kerap dicuci dan disapu ubat bagi mengelak jangkitan kuman dan lukanya merebak,” katanya di sini semalam. Tengku Susilawati mempunyai anak berusia sembilan tahun hingga 15 tahun. Tambahnya, selain perlu membayar sewa rumah RM400 sebulan, dia juga perlu menyediakan kos perubatan suaminya kira-kira RM500 sebulan.
“Suami tidak menerima bantuan. Kami sangat berbesar hati jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang tinggal di Taman Pelindung Damai 10 dekat Beserah di sini.
Kredit : Kosmo
Sekarang ni keadaan saya okay dah sikit, cuma buat kerja turun laut sebab tak arah kalau tak kerja. Isteri masih berniaga lagi, macam2 tu jela. Kalau berniaga ikan pun tak ada untung mana, macam buat COD part time macam tu jela. Kalau dari sumber kewangan pun memang 100% daripada OKU dalam RM500 tu je untuk kami sekeluarga bulan-bulan. JKM pernah dapat sekali gus sahaja dalam RM900 lepas tu dah tak dapat. Sebab tu sekarang ni memang saya cuba jadi nelayan balik, jadi nakhoda tak pun tunggu orang panggil. Memang cuba nasib jela. Lepas dah setahun kena potong kaki dan tak boleh kerja, tu lah saya cari kerja boleh lepas bayar sewa rumah dan lain2, saya pun nak ucap terima kasih dekat MarhaenMY sebab sudi membantu saya. Kerja nelayan ni atas usaha kita sendiri, kalau dapat tangkap ikan adalah gaji. Anak2 setakat ni alhamdulilah la tapi tak sama macam saya sihat dulu lah. Makan ubat tu ada dan checkup susulan pun ada tapi saya kadang2 pergi kadang2 tak pergi. Hospital dengan rumah ni tak jauh dekat je tapi sebab kerja nelayan kadang2 kena panggil, kalau tak pergi kena tinggal. Kaki palsu dah dapat dah tinggal pakai dan tak pakai je.