Shariah Yang Sanggup Berkorban Demi 5 Anak Saudaranya


Shariah Yang Sanggup Berkorban Demi 5 Anak Saudaranya


MarhaenMY - Shahriah binti Mohd Shariff
Setapak, Kuala Lumpur
Published: Aug 16, 2022
25.25%
RM 1,020.00 RM 4,000.00


299.0
Baki Lot Diperlukan
102.0
Lot Telah Terbeli
26
Penyumbang
1,173
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
400 Lot Ditawarkan

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kepada yang berkenaan. Saya merupakan seorang penjawat awam. Manakala suami saya seorang freelancer/krew penggambaran, tidak bekerja dengan mana-mana company (tidak terikat) dan agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain, selepas dua tahun tidak bekerja. Kami berdua belum dikurniakan anak lagi. Akan tetapi saya sedang mengalami kesukaran/struggle selepas PKP kerana ada sewa rumah yang tertunggak sebanyak 4 bulan (jumlah RM3200). Rumah sewa saya sebulan RM850. Ketika PKP saya bayar on off (bayar bila ada duit lebih) disebabkan saya seorang sahaja yang bekerja masa tu. Saya juga memelihara 5 orang anak buah/anak saudara. Masing2 berusia 12 tahun, 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun, dan 4 tahun bersama-sama dengan ibu mereka yang merupakan adik bongsu saya. Adik bongsu saya ini telah digantung tak bertali oleh suaminya, sejak bertahun-tahun lama. Dan sepengetahuan saya, adik saya tak ada failkan cerai dan saya dengan dia memang jarang bercakap tentang ni disebabkan sikap dia sendiri. Panjang cerita if nk bercerita tentang adik saya. Pada awalnya adik saya stay dengan saya pun rumah jadi sempit sebab flat sini semuanya dua bilik dan anak2 dia makin membesar. Dua daripada anak adik saya tinggal dengan saya dah sebulan. Sekarang dia dah duduk di blok lain Sek 2 Wangsa Maju sejak awal April 2022. Sewa ihsan pihak Baitulmal. Jadi saya tak payah bayar sewa rumah adik saya sebab baitulmal dah bayar full untuk dia. Tapi bil api air sendiri tapi tak banyak kena bayar. Adik saya tak dapat baitulmal bulan-bulan sebab dah dibayarkan sewa rumah (RM850 sebulan). Mak ayah kami dah lama tak ada.

Saya perlu menanggung persekolahan anak2 buah saya seramai tiga orang (setakat ini) antaranya, sumbangan PIBG, duit belanja persekolahan; segala-galanya dalam tanggungan saya seorang. (Tiada adik beradik yang lain yang mahu meringankan beban). Dulu memang saya yang jaga adik bongsu ketika dia masih baby lagi. Adik saya dulu kerja dengan KPM. Lepas tu bermasalah sehingga dia diminta berhenti sejak berkahwin. Saya dah cuba nasihat dia untuk cari kerja lain tapi bila dah kena tinggal suami memang payah nak cakap walaupun masih ada anak yang kecil lagi. Saya sekarang cuma kesiankan anak-anak dia. Bulan lepas (July 2022) owner rumah saya menyewa dah whatsapp saya untuk bayar tunggakan sewa.  Untuk saya bangkit semula selepas musim Pandemic Covid19 agak sukar. Sekarang saya 'membeli' masa, agar owner rumah tidak menghalau saya keluar, akibat terdapatnya tunggakan sewa 4 bulan. Saya memang tiada tunggakan bil api air. Alhamdulilah. Saya dengan rendah diri memohon bantuan kewangan bagi melunaskan sewa, bantulah saya sekadar yang termampu. Saya tidak tahu bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah. Sebab saya tak dapat apa2 bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan. Saya hargai bantuan/pertolongan semua. Terima kasih banyak2.

 

Update 14 / 09 / 2022

Keadaan kami masih sama, masih susah dan berhutang sewa. Sewa rumah masih hutang lagi 2 bulan. Yang banyak bantu derma haritu family, pak cik dan kakak. Kakak pinjamkan sikit. RM1600 kakak kasi RM700. Sewa Rumah tertunggak RM1600 (dua bulan). Itu sahaja yang membebankan. Dana yang masuk haritu banyak saya guna sebab adik memang tak bekerja macam bil elektrik, yuran PIBG anak2. Ada dua orang lagi nilai RM120 (Sumbangan PIBG dua orang adik RM60×2). Anak sulung yang bersekolah RM80 jadi total RM80+RM60+RM60=RM200. Suami saya baru start bekerja bulan lepas dan gaji depends on kerja dia dan payment dia dapat first job RM800.

Read More


Recent Contribution
Hazlynn  RM100.00
Top Contribution
PakTeh  RM400.00
First Contribution
Maz  RM20.00

299.0

Baki Lot Diperlukan

102.0

Lot Telah Terbeli

26

Penyumbang

1,173

Pengunjung
Recent Contribution
Hazlynn  RM100.00
Top Contribution
PakTeh  RM400.00
First Contribution
Maz  RM20.00