Seorang Ibu Tunggal Dipotong Kaki Akibat Kencing Manis


Seorang Ibu Tunggal Dipotong Kaki Akibat Kencing Manis


MarhaenMY - Norazman Bin Amirhamzah
Kluang, Johor
Published: Aug 21, 2022
61.63%
RM 2,157.00 RM 3,500.00


134.3
Baki Lot Diperlukan
215.7
Lot Telah Terbeli
105
Penyumbang
2,553
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

Seorang ibu tunggal yang tinggal di Taman Orkid di sini reda dengan ketentuan Ilahi apabila kaki kirinya dipotong sehingga paras lutut akibat kencing manis sejak dua bulan lalu. Norizan Abdul, 66, terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk memudahkan perge­rakkannya dalam mengendalikan urusan peribadi serta makan minum keluarga. Lebih menyentuh hati apabila kerusi roda yang digunakan ibu kepada enam cahaya mata itu diambil di tempat pembuangan sampah. “Saya menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu, ketika itu saya masih bergerak sendiri sehinggalah kesihatan saya sema­kin merosot. Kaki saya kemudian terpaksa dipotong agar penyakit ini tidak merebak. “Sejak itu, saya tidak dapat bergerak seperti dahulu, sekarang makan minum dan kebajikan saya diuruskan oleh anak kedua daripada enam beradik, Norazman Amir Hamzah, 46. Dia telah berhenti kerja untuk menjaga saya.

 

“Dia juga kreatif, bawa balik kerusi roda yang rosak, baiki sendiri dan boleh guna sementara. Kalau nak beli yang baharu memang masih tidak mampu, duit yang ada pun banyak nak digunakan,” katanya .  Menurut Norizan, jauh di­sudut hatinya tidak mahu menyusahkan orang lain, namun apakan daya, ujian menimpa membuatkan dirinya reda menelan pahit perjalanan hidup yang dilaluinya. Ujarnya, bantuan diperlukan untuk mendapatkan lampin pakai buang, susu khas serta kos perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Mengkibol sebanyak 12 kali sebulan. “Ketika ini semua keperluan berkenaan terpaksa ditanggung sendiri melalui wang Pencen Terbitan bulanan hasil daripada arwah suami saya yang bersara dengan pangkat Pegawai Waran Dua (PW II) ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

 

Namun wang pencen seba­nyak RM750 itu tidak mencukupi untuk menampung semua keperluan ini,” ujarnya. Norizan berkata, permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dibuat kira-kira dua bulan lalu, namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan. “Sekarang saya harapkan ada insan yang sudi menghulurkan sumbangan termasuk bantuan kerusi roda yang baharu,” katanya.

 

Kredit : Kosmo

Read More



Updates



Update 1 / 3 / 2023

Ibu saya sihat tapi ni baru keluar dari hospital sebab ada luka pada kakinya yang satu lagi. Jadi doctor tahan, katanya gula naik. Sekarang ni setiap 3 hari ada appointment dengan doctor. Ibu buat rawatan dekat Hospital Kluang. Dari segi kewangan sekarang ni makin menipis sebab perlukan kos minyak dan beli ubatan untuk ibu.

Read More



Recent Contribution
Ha  RM10.00
Top Contribution
Undangku  RM200.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

134.3

Baki Lot Diperlukan

215.7

Lot Telah Terbeli

105

Penyumbang

2,553

Pengunjung
Recent Contribution
Ha  RM10.00
Top Contribution
Undangku  RM200.00
First Contribution
Hamba Allah  RM10.00

Kempen Lain