Membesarkan Anak Yatim Yang Kematian Ibu Akibat Covid-19


Membesarkan Anak Yatim Yang Kematian Ibu Akibat Covid-19


MarhaenMY - Mohamad Khairudin bin Mat Zin
Dengkil, Selangor
Published: Aug 21, 2022
100%
RM 5,020.00 RM 5,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
502.0
Lot Telah Terbeli
236
Penyumbang
4,373
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Sepasang suami isteri dianggap berhati mulia apabila sanggup membela lima beradik yang kematian ibu akibat Covid-19 tahun lalu meskipun berdepan dengan kekurangan sumber pendapatan untuk membesarkan anak yatim tersebut bersama dua lagi zuriat mereka. Mohamad Khairudin Mat Zin, 41, berkata, dia terpanggil untuk membawa lima anak arwah adik isterinya itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dari Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Jenderam Hilir, Dengkil demi masa depan mereka. Katanya, ibu lima beradik itu dijangkiti Covid-19 ketika adik bongsu mereka berusia 36 minggu dalam kandungan.

 

Anak yatim itu berusia antara 11 bulan hingga 14 tahun. “Selepas doktor mengeluarkan bayi, adik ipar saya ditidurkan sebelum meninggal dunia pada 3 September 2021. Dari pengamatan saya, kehidupan anak buah saya itu agak susah dan saya terus tawarkan diri untuk membela mereka demi masa depan ma­sing-masing. “Ketika ibu mereka di hospital, ada jiran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu kerana ketika itu saya tidak boleh merentas negeri untuk melihat mereka,” katanya kepada Kosmo!. Menurut penyelia tapak di Bangi itu, pada mulanya mereka mahu mengambil dua daripada lima beradik itu, namun selepas berbincang dengan isterinya, mereka membuat keputusan menjaga kesemua mereka. Tambahnya, dia berusaha mencari sekolah yang sesuai untuk si abang yang OKU pembelajaran dan dia tidak sabar untuk masuk ke asrama bertemu dengan kawan-kawan.

 

 

“Pada mulanya sukar untuk memikul tanggungjawab itu ke­rana kami tidak mempunyai surat hitam putih sebagai penjaga. “Alhamdulillah, kini kami sudah mendapat perintah mahkamah untuk menjaga salah seorang anak buah dan sedang berusaha mendapatkan untuk yang lain bagi memudahkan segala urusan pada masa depan,” katanya. Dalam pada itu, Mohamad Khairudin berkata, dia mempunyai dua anak berusia enam dan 10 tahun dan mengakui perbelanjaan turut bertambah selepas membela lima anak buahnya itu. “Kami perlu hadap juga ke­rana memikirkan masa depan mereka berlima dan tak mahu perpisahan berlaku. “Kami ada juga dapat sumbangan daripada ahli keluarga, saudara-mara, kawan dan jiran selain JKM yang sedikit seba­nyak dapat meringankan beban kami,” katanya. Sehubungan itu, Mohamad Khairudin merayu orang ramai supaya membantunya dari segi kewangan dan barangan keperluan demi menyara lima beradik berkenaan.

 

Kredit : Kosmo 

Read More



Updates



Update 8 / 02 / 2023

Kesemua 5 beradik masih dalam jagaan saya. 3 orang bersekolah, yang baby saya dan wife hantar nursery bila hari kerja. Hantar nursery kena bayar RM450 untuk baby, tidak termasuk susu dan pampers juga. Susu baby minum brand biasa sahaja yang dupro dan dalam 1 bulan 4-5 pack. Kalau pampers dalam 3 pack 1 bulan. Alhamdulilah keadaan mereka semuanya sihat, sometimes ada lah diaorang tu demam dan terpaksa bawa pergi klinik. Sekiranya pihak tuan/ puan berkelapangan nak melawat mereka, saya mengalu-alukan. Kalau nak kira dari segi kewangan agak terhad la bagi saya, terpaksa berjimat cermat. Saya bekerja sebagai supervisor dan wife sebagai guru. Kalau gabung gaji kami berdua dalam RM7000 dan ini cuma pendapatan kasar sahaja. Kami duduk rumah sendiri beli tapi ada komitmen nak kena bayar ke bank tiap2 bulan. Pernah juga kami tertunggak bil. Dari segi keperluan asas tu alhamdulilah setakat ni tak pernah putus, insyaallah cukup. Family belah anak2 yatim ni pernah 1 kali jenguk sepanjang dia orang duduk bersama saya. Dorang cuma datang melawat sahaja. Sekarang ni daripada 5 orang, saya dapat 3 orang sahaja hak penjagaan.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Anna  RM20.00
Top Contribution
Yazma  RM200.00
First Contribution
RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

502.0

Lot Telah Terbeli

236

Penyumbang

4,373

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Anna  RM20.00
Top Contribution
Yazma  RM200.00
First Contribution
RM10.00

Kempen Lain