Di sebalik wajah gembira dan ceria seorang ibu, terselit rasa risau yang amat mendalam terhadap anak istimewanya setiap kali mengenangkan siapa yang akan menjaga zuriatnya itu apabila dia tiada kelak. Kerisauan Siti Ida Nuraini Madiun, 52, itu ada asasnya apabila tulang belakangnya kian rapuh dan doktor memaklumkan penyakitnya itu semakin kronik hingga dia terpaksa berhenti kerja sebagai tukang cuci rumah. Katanya, dia perlu memberi perhatian kepada anak istimewanya, Nur Azizah Musenan, 13, yang dilahirkan kudung kedua-dua belah tangan dan kaki. “Nur Azizah perlu penjagaan rapi kerana selain kudung, dia juga mengalami cacat pendengaran kedua-dua belah telinganya.
“Ia menyebabkan kami sekeluarga sukar untuk berkomunikasi dengannya dan bergantung sepenuhnya dengan menggunakan bahasa isyarat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di pusat bandar Puchong dekat sini. Menurut Siti Ida, anaknya terpaksa belajar menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu kami sekiranya dia ingin makan, minum atau ke tandas. Tambahnya, Nur Azizah juga perlu memakai lampin pakai buang kerana sukar untuk ke tandas. “Selain Nur Azizah, saya mempunyai tiga lagi anak iaitu kembar dia, Nur Aisyah, 13, serta dua anak lelaki masing-masing berusia 25 dan 27 yang sudah bekerja,” katanya. Ujar Siti Ida Nuraini, pada masa sama dia gusar apabila mengenangkan siapa yang akan membela anaknya itu memandangkan usianya semakin meningkat dan penyakitnya bertambah kronik.
“Saya sangat bimbang mengenai keadaannya jika saya meninggal dunia kelak, lebih-lebih lagi anaknya itu cepat sensitif dan suka merajuk jika tidak diberikan perhatian secukupnya,” katanya sedih. Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan tersebut dan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya dan yakin pengorbanannya membesarkan anak syurga akan dibalas dengan ganjaran baik. “Saya bersyukur mendapat sokongan ramai pihak serta bantuan zakat dalam bentuk lampin pakai buang setiap bulan,” jelasnya. Kredit : Kosmo
Bila Nur Azizah habis pergi mandi sekalian buang air besar, masa nak mengangkat Azizah ke tempat toilet betul-betul saya diuji sama Tuhan. Masa nak angkat ke atas mangkuk tandas tu badan rasa sakit pinggang dan sungguh berat badan dia. Masa petang saya menjaganya pagi dan ada kembarnya juga tengah hari sampai petang iaitu Nur Aisyah kembarnya Nur Azizah pergi sekolah. abang Nur Azizah yang 2 orang kerja belum balik dan baliknya pukul 7. Azizah ada 4 adik beradik iaitu abang no 1 (27 tahun), abang no 2 (25 tahun) dan kembar Azizah (azizah ada kembar). Anak sulung saya dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki. Yang anak no 2 belum berkahwin lagi. Abang-abang dia ada juga bagi kewangan macam RM600. RM600 itu upah jaga cucu dan sekalian untuk makan di rumah anak dan cucu sekali. Yang anak no 2 ada bagi RM300 dan kadang kala saya bagi balik RM100 untuk bantu bayar bil api / air.
Alhamdulillah ada Ustad nak bantu wheelchair untuk pergi ke tandas untuk kegunaan Azizah buang air besar. harga kotisen kurang lebih RM900.
Saya sebagai ibu Azizah mengucapkan terima kasih banyak semoga Alloh SWT yang memblasNya dan dipermudahkan urusanNya. Tahun baru 2023 saya diberi ujian lagi masalah bapaknya Nur Azizah ditimpa penyakit kencing manis, darah tinggi dan ketumbuhan bisul di sebelah dubur (luar) ada 3 bisul yang kena bulan 3 dan sekarang bulan 4 dan bulan 5 kencing menyerang bahagian telapak kaki kanan dan kiri dan 5 bulan dah tak boleh kerja. Terpaksa saya menjaga Azizah dan menjaga suami. Dari bulan 1 sampai sekarang dah tak bekerja sebab penyakit kencing manisnya menyerang ke bahagian kaki kanan dan kiri. Jadi masalah bantuan masih sangat memerlukan. Kira start bulan 1 - bulan 5 ayah Nur Azizah dah tak bekerja. Bantuan dari kebajikan tak dapat tapi nasib baik zakat dapat. Masa Azizah kecik umur kalau tak salah umur 8 tahun sampai 11 tahun dapat RM300 lepas tu Azizah umur 12 sampai umur masuk 14 dapat RM350 baru masuk tahun ni Azizah bantuannya ditambah RM50 pasal pampersnya naik harga jadi RM450. Suami dah 2 kali pergi klinik kerajaan pergi hospital 1 kali dan pergi tempat ustad juga 2 kali klinik swasta banyak kali tapi masih sakit juga dari start bulan1 sakit bisul di sebelah dubur 3 bisul. Ustad pun bagi ubat juga tapi belum beransur baik tiap hari rasa sakit datang sampai ke waktu malam.