Seorang wanita kini hanya terlantar sejak 16 tahun lalu di atas tilam di rumahnya selepas menghidap penyakit misteri.Norma Mohd. Nor, 31, yang tinggal di Felda Chiku 1 di sini juga tidak dapat tidur dan makan seperti insan lain. Menurutnya, dia diserang penyakit misteri itu ketika belajar di tingkatan tiga selepas kerap pengsan dan terjatuh di sekolah. Katanya, selepas kejadian itu, dia bukan sahaja tidak dapat berjalan dan tidur malah seluruh anggota badannya sering kepanasan serta sakit seperti dicucuk jarum.
“Pelbagai usaha dilakukan keluarga bagi mengubati penyakit ini termasuklah membawa ke hospital, malah berubat dengan kaedah perubatan Islam dan bomoh, namun tidak juga sembuh. “Saya berusaha mengubati diri sendiri dengan banyak berzikir, membaca al-Quran dan selalu berdoa kepada Allah SWT memohon supaya penyakit misteri ini cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Sementara itu, ibu Norma, Kamariah Yaacob, 64, berkata, ketika di bangku sekolah, anak kelapan daripada sembilan beradik itu aktif dalam bidang kokurikulum apabila menjadi pengawas dan bersukan. Katanya, mereka sekeluarga sudah habis ikhtiar untuk mengubati penyakit anaknya dan kini hanya berserah kepada Allah SWT. “Sepanjang Norma sakit, kami banyak mengeluarkan belanja bagi membayar lebih 40 bomoh untuk mengubatinya termasuk pergi ke Thailand. “Kami juga pernah ke pusat perubatan Islam terkemuka tetapi tetap masih gagal menyembuhkan Norma,” katanya. Tambahnya, Norma juga hanya boleh makan buah-buahan dan tidak dapat menelan makanan lain. Kredit : Kosmo
Kami selalu bawak adik ke rawatan alternatif, jumpa ustaz dan rawatan kampung. Kalau hospital selalunya kalau pergi Dr hanya cakap gasterik dan bagitau sakit biasa sahaja. Saya dah setahun balik kampung kerja sendiri tolong ayah. Dulu abang saya yang jaga. Abang saya dah meninggal 26.11.20. So bapak saya suruh saya balik dan kerja kampung. Dulu saya kerja saya ada la kirim sikit2 duit. Masa tu kerja sebagai QC. Qualiti control kilang spare part kereta. Dulu ada dapat JKM cuma sekarang dah stop sebab masih dalam permohonan baru. Buat masa sekarang adik, mak dan ayah saya masih dekat kuala balah buat rawatan. Mak & ayah bawak pergi berubat di kuala balah dala daerah jeli. Dah seminggu dah duduk rumah ustaz. Inshallah besok saya juga akan pergi sana. Kalau bayaran lebih kepada sedekah lah, tiada ditetapkan bayaran dan penginapan kena bayar.
Wkmslm. Alhamdulillah sekarang ok sikit boleh makan dah nasi bubur. Sekarang masih mengikuti perubatan kampung. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Dapat beli ubat dan kos bawak dia pergi berubat di merata tempat menggunakan dana yang disalurkan kepada kami. Cumanya sakit yang dialami tidak beransur pulih lagi setakat ni , masih memerlukan rawatan. Kami cuba usaha dengan pelbagai rawatan, keadaan sekarang, dia masih terlantar lagi , tidak dapat bangun dengan bantuan sesiapa. Selalunya emak dengan kakak yang akan bantu dia untuk bangun.
Semakin baik tapi kami masih perlukan bantuan. Norma tidak lagi sakit kerap seperti dulu. Masih tak boleh berdiri sendiri. Sekarang JKM ada dapat RM300 sebulan. Keperluan Norma dari segi ubat-ubatan macam supliment dan minyak sapu/ gosok, ubat ubatan klinik dan hospital, ubatan tradisional akar dan kulit kayu campuran dan air penawar dan air juzuk al quran dri pusat prubatan.