Bantuan Buat Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran Dan Bisu Serta Penghidap Barah Limfoma


Bantuan Buat Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran Dan Bisu Serta Penghidap Barah Limfoma


MarhaenMY - ZULKIFLI BIN AINUL MOKHSEIN
Johor Bahru, Johor
Published: Aug 21, 2022
44.91%
RM 1,592.00 RM 3,500.00


192.8
Baki Lot Diperlukan
159.2
Lot Telah Terbeli
65
Penyumbang
1,600
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
350 Lot Ditawarkan

"Buat masa ini, saya okay cuma sel barah aktif semula dan kemungkinan ada ketumbuhan baru pada hati," kata Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan bisu serta penghidap barah limfoma, Zulkifli Ainul Mokhsein. Zulkifli, 34, yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perkembangan terkininya yang bakal menjalani Positron Emission Tomography (PET Scan) di Institut Kanser Negara (IKN), di sini, esok. Menurutnya, barahnya masih ada cuma dulu ketumbuhan ada di leher tetapi kini kemungkinan merebak ke bahagian hati. Zulkifli yang baru tiba di sini kira-kira jam 5 petang tadi selepas bertolak dari Johor Bahru berkata, dia akan menjalani PET Scan bagi memeriksa adanya ketumbuhan pada hati atau tidak. "Sebelum ini, saya ada menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

 

"Esok, saya diminta ke IKN Putrajaya untuk melakukan PET Scan bagi memeriksa secara terperinci dan mujurlah kosnya ditanggung oleh kerajaan. "Cuma, yang merisaukan saya adalah kerana hanya berbekalkan sedikit wang saja untuk ke IKN Putrajaya. "Jadi, risau pula memikirkan kos penginapan di homestay (inap desa) di sini dan tol untuk pulang semula ke Johor Bahru nanti kerana memang tiada wang simpanan lain," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro. Dia berkata, buat masa ini, dia ada menerima elaun bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun jumlah itu tidak mencukupi memandangkan dia dan isteri, Siti Nuratikah Mohd Suhaimi, 29, tidak bekerja.

 

"Saya mahu bekerja tetapi kesihatan tidak mengizinkan manakala isteri buat masa ini menjadi suri rumah sepenuh masa kerana perlu menguruskan saya selain menjaga tiga anak kami yang masih kecil. "Kiranya, kami memang bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan daripada JKM dan ia tidak cukup kerana kami bukan hanya perlu membeli barangan keperluan rumah. "Sebaliknya, kami perlu bersiap sedia dengan kewangan untuk keperluan anak sulung yang kini sudah bersekolah rendah jadi runsing juga apabila tiada sumber pendapatan dan ikutkan saya enggan meminta-minta cuma terpaksa," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Zulkifli yang menderita akibat barah limfoma tahap empat dan pernah tiga kali diserang penyakit berkenaan dengan yang terbaru pada Oktober tahun lalu. Berikutan itu, dia tidak dapat bekerja dan perlu menjalani enam sesi rawatan kemoterapi.

 

Kredit : Metro 

Read More



Updates




Update 1 / 3 / 2023 - 25 / 05 / 23

Saya masih lagi memerlukan bantuan dan saya menjual kereta saya dengan harga RM3000 demi kelangsungan hidup kami. Saya ada dapat bantuan JKM (RM300) dan Zakat (RM400). Isteri nak berniaga karipap tapi nak tunggu barang2 tu tak mampu. Sebelum ni isteri memang guna tangan sahaja tapi lama2 jadi sakit tangan sebab nak uli tepung. Isteri dah berniaga 3 tahun. Isteri saya jual karipap frozen dari rumah. Sehari tengok orang beli, boleh dapat dalam RM50 - RM70. Dan anak akan masuk sekolah darjah satu. Saya bila tak ada kereta dah, susah sebab saya perlu ulang alik hospital buat rawatan. 2 minggu sekali pergi buat rawatan. Bila dah jual kereta saya naik grab. RM36 kalau ulang alik. Kalau saya nak dapatkan balik kereta pun nak kena bayar lagi. Saya masih tak bekerja lagi sebab saya masih dalam rawatan radioterapi. Kesihatan memang tak mengizinkan saya kerja. Radioterapi tu tak kena bayar, free sahaja. Radioterapi tu untuk buangkan akar, sel kanser yang nak buang.

Read More



Recent Contribution
Ih  RM100.00
Top Contribution
Nur  RM100.00
First Contribution
ZULKIFLI  RM10.00

192.8

Baki Lot Diperlukan

159.2

Lot Telah Terbeli

65

Penyumbang

1,600

Pengunjung
Recent Contribution
Ih  RM100.00
Top Contribution
Nur  RM100.00
First Contribution
ZULKIFLI  RM10.00

Kempen Lain