Salam saya Zuraidah Othman yang memerlukan bantuan buat suami dan ibu saya yang kini sakit dan kami tiada pendapatan tetap , hanya bergantung dengan zakat semata mata. Ibu saya dia uzur dan memerlukan kos harian yang agak tinggi untuk keperluannya. Ibu saya berumur 73 tahun mempunyai sakit kencing manis dan juga glucoma yang agak kritikal di mana dia tidak boleh Nampak terus (buta). Doktor bagitahu bahawa atas sebab faktor umur, ibu saya tidak dapat buat apa apa rawatan untuk glucoma tersebut. Sekarang dia hanya dapat mengesot sahaja kemana mana. Ibu saya hanya terima bantuan JKM sebanyak RM400, yang lain tiada. Setakat ini memang ibu saya duduk dan saya yang jaga beliau daripada dulu lagi. Saya merupakan seorang suri rumah dan mempunyai anak dua orang yang berumur 12 tahun dan 10 tahun. Suami saya pula kerja tetapi tidak tetap, dia juga mempunyai sakit Hipertitis C yang agak kronik membuatkan dia hilang selera makan dan badan pun menjadi semakin kurus.
Dia ada cuba juga untuk bekerja seperti tolong tolong meniaga tapi lepas kerja akan menjadi lebih sesak nafas. Kami sekeluarga juga ada mendapat bantuan zakat dan JKM sebanyak RM 700 tetapi untuk 5 orang tanggungan memang tidak mencukupi. Apa yang penting sekarang bagi saya dan keluarga adalah keperluan harian dan sara diri sahaja. Saya pernah bekerja tetapi masa bujang dahulu, kini tidak dapat bekerja kerana menjaga ibu saya. Adik beradik saya yang lain ada cumanya mereka masing kesempitan dan anak ramai jadi ibu saya adalah bawah tanggungan saya. Rumah yang saya duduk ini merupakan rumah pemindahan sendiri dan sudah habis bayar cumanya baru baru ini air kami kena potong dan kalau nak sambung kena bayar RM150 dan kami tiada tunggakan lain.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.