Bubur Kacang Punca Utama Pendapatan Ibu Tunggal Sara 4 Orang Anak


Bubur Kacang Punca Utama Pendapatan Ibu Tunggal Sara 4 Orang Anak


MarhaenMY - NURUL NADZIRAH SYAZWANI BINTI KAMARUL ZAMAN
Alor Setar, Kedah
Published: Aug 22, 2022
66%
RM 1,980.00 RM 3,000.00


102.0
Baki Lot Diperlukan
198.0
Lot Telah Terbeli
68
Penyumbang
2,387
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
300 Lot Ditawarkan

Assalamualaikum, nama saya syazwani. Saya ibu pada 4 orang anak ( 5 tahun, 3 tahun (kembar) dan 1 tahun), baru sahaja dilepaskan (lafaz luar mahkamah) dan masih dalam proses naik turun mahkamah. Saya da berkahwin 3 tahun dan suami masih lagi tak mahu bagi kerjasama dan saya & anak anak telah dihalau oleh suami dari rumah. Cuma saya tak boleh keluar dari rumah ni lagi sebab anak tadika dekat dengan rumah sewa sekarang dan suami yang keluar balik tinggal dekat rumah keluarga dia sekarang. Dan ada cadangan dari beberapa kenalan peguam syarie minta saya buat permohonan fasakh jika suami masih tak mahu beri kerjasama dan keputusan (tarikh bicara 11/9/2022). Sekarang saya hanya niaga online (dropship) serta buat serba sedikit bubur kacang dan sedikit makanan yang saya letak di kedai berdekatan dengan rumah. Saya buat dropship yang odeen cekyana dan buat masa sekarang belum lagi sebab belum ada yang beli dengan saya. Kedai pulak tak ada kenakan bayaran apa-apa pun bila saya letak makanan saya nak jual. Kebiasaan saya letak serba 5 bekas sahaja dengan harga RM2.50 - RM3 sebekas. Jadi, dengan keadaan harga barang yang naik mendadak dari segala jenis keperluan masa ini, sumber kewangan saya tak lagi mencukupi untuk membeli keperluan dapur dan keperluan anak anak (susu). Sehari saya buat dalam 5-10bekas sahaja bergantung pada cuaca. Kalau macam hari hujan dari pagi tu selalu saya buat 5 bekas sahaja sebab pernah buat 10 bekas tak habis banyak. Kalau cuaca panas okay saya memang buat 10 bekas la tapi tak pernah buat lebih dari 10 bekas. Modal beli kacang, santan, bekas semua guna dari yang hasil niaga tu la RM30. Kalau ada lebih dari duit beli barang tu memang yang tu saja la yang saya boleh simpan.

Tujuan saya mohon bantuan disini untuk mencari sedikit modal untuk tambah barang niaga, membeli keperluan dapur, susu anak yang kecil umur 1 tahun (Dutch Baby harga RM25.90) dan untuk membayar sedikit yuran tadika anak sulung. Sebelum ni memang ada simpan sikit simpanan untuk bayar yuran sekolah anak bulan ini tapi terpaksa saya gunakan separuh untuk tambang grab ulang alik ke hospital sebab anak yang kecil dimasukkan ke wad bulan lepas (Kawasaki disease) dan Alhamdulillah dah beransur pulih. Masa keluar hospital saya tinggal rumah mak sampai anak anak yang lain sembuh demam masa tu. Family saya ada juga bantu saya untuk beli barang-barang keperluan anak dan dapur juga. Sebelum kahwin saya pernah bekerja di taska tapi saya dah berhenti bila kahwin dan sepanjang kahwin saya tak pernah kerja dah. Keperluan anak anak suami tanggung dan ada masa keluarga saya akan tanggung sedikit jika perlu. Saya tak pernah minta bantuan dari mana2 pihak jkm atau zakat cuma kadang kalau betul terdesak ada pinjam dari kawan2 terdekat atau adik saya saja. Buat masa sekarang saya tinggal di rumah sewa di Alor Setar dan suami tinggal di rumah family dia buat sementara hingga kes bicara penceraian selesai. Sewa rumah saya sebulan RM400 dan untuk sewa bulan ni saya dah tolak dari duit deposit sebab memang dah tak ada simpanan. Untuk tunggakan ada bil api air saja yang bulan 6 dan bulan 7 belum boleh bayar. Mungkin pada masa akan datang ekonomi keluarga saya dapat pulih kembali, In shaa Allah. Tapi buat masa ini saya memang sangat memerlukan bantuan daripada sesiapa yang sudi membantu saya dan anak anak walaupun sedikit. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami dan memberi sedikit ruang untuk saya pulih. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua insan yang sudi membantu. Moga Allah balas jasa baik semua di dunia dan akhirat.


Update 29 / 08 / 2022

Alhamdulillah dana dah masuk. Terima kasih banyak cik dan team marhaen juga buat semua penyumbang sudi bantu saya & anak anak ..In shaa Allah dengan bantuan ni saya akan gunakan untuk beli barang keperluan anak anak dan buat selesaikan tunggakan yuran dan sewa serta untuk modal niaga semula ..terima kasih banyak cik 🙏🏻

 

Update 12 / 09 / 2022

Saya dengan anak-anak Alhamdulillah baik. Berkenaan dengan kes penceraian, kelmarin dah pergi bicara kat mahkamah & suami masih menafikan lafaz dia tersebutHakim sahkan tak jatuh talak sebab suami tak mengaku dan menafikan lafaz cerai yang dia buat. Masa keluar dari mahkamah suami ada bagitau yang dia akan buat permohonan penceraian atas persetujuan bersama sekali lagi dalam masa sebulan dari sekarang. Tentang berniaga In shaa Allah minggu ni saya akan mula berniaga semula seperti sebelum ni. Suami ada jenguk anak-anak masa saya balik dekat rumah keluarga dalam sebulan ni, 2 kali saja dia datang tengok anak2. Bantuan saya perlukan tu untuk beli barang keperluan anak2 sahaja la. Dana yang dah dapat saya selesaikan tunggakan yuran sekolah & tunggakan sewa rumah & bil api air dulu sebab barang2 saya masih ada lagi di rumah sewa. Jadi bila hakim sahkan tak jatuh talak kelmarin, suami ada suruh saya dan anak2 pulang semula kat rumah sewa untuk tempoh sebulan sebab dia nak failkan penceraian baru dalam masa sebulan lagi. Dia bagitau dia cuma nak anak2 balik dekat dia saja, saya nak duduk mana merempat mana pun dia tak kisah janji dia dapat anak2 sahaja balik dekat rumah duduk dengan dia. Kira sebulan saya tak tinggal dekat rumah sewa sebab suami ada ugut nak tumbuk & nak tikam haritu masa dia halau keluar dari rumah. Jadi adik saya datang ambil saya & anak2 dekat rumah sewa haritu. Sekarang dekat rumah keluarga dan malam ni baru balik ke rumah sewa, suami suruh balik ke rumah sewa untuk tempoh sebulan sahaja.

Read More



Updates




Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Zali  RM300.00
First Contribution
Maz  RM20.00

102.0

Baki Lot Diperlukan

198.0

Lot Telah Terbeli

68

Penyumbang

2,387

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Zul  RM10.00
Top Contribution
Zali  RM300.00
First Contribution
Maz  RM20.00