Hi. Nama saya Grace. Saya, suami, 1 orang anak berumur 6 tahun, mak dan ayah tiada tempat tinggal dan kami terpaksa tidur dalam kereta selama 3 minggu. Suami saya masa tu bekerja sebagai mekanik dan cuma bergaji 3 hari sekali dengan gaji RM100. Maksudnya kerja dia kira macam kalau ada kerja dia akan dapat RM100 3 hari sekali dan kalau langsung takde job kereta kurang dapat 3 atau 4 hari sekali RM70 macam itu. Dulu dia kerja seminggu dalam 4 atau 5 hari sahaja dan menyebabkan kami tak cukup duit untuk bayar sewa rumah yang tertunggak 3 bulan. Selepas MCO lah yang menyebabkan suami saya memang gaji sedikit. Sekarang saya dah dapat rumah atas pertolongan kawan-kawan dan media. Saya tinggal dekat apartment Seri Wawasan Puchong dengan sewa RM750 sebulan. Saya dapat rumah ni daripada Wob Media dan mereka kumpul dana RM3500 untuk saya cari rumah baru. Sebelum ni saya tinggal di Vista Lavender Apartment. Cuma barang dalam rumah sewa baru tak ada apa-apa even tilam pun tak ada. Suami saya pulak dah dapat kerja sebagai pembaiki kereta di Seri Kembangan dan sedang menunggu dia gaji.
Mak saya pulak ada sakit kencing manis dan dialisis dan dia pernah dirawat di hospital Subang Jaya Medical Centre selama 2 bulan dan 18 / 08 / 2022 baru mak saya keluar wad. Surat dia kena admit tak ada tapi boleh call hospital dan tanya sebab TNB Insurance yang cover dan mereka tak ada bagi apa² surat hospital kepada kami. Mak saya buat rawatan dekat hospital ini sebab free dan dulu ayah saya kerja kerajaan, jadi TNB Insurance ni mereka cover untuk medical mak. Tapi cream dan susu untuk mak saya kena beli sendiri. Cream ini 1 RM30 sehari kena pakai sekali dari muka ke kaki. Saya beli ubat mak dekat farmasi. Mak saya juga kena pergi dialisis 2 hari sekali. Ayah saya ada dapat pencen RM700 setiap bulan. Keperluan asas kami sebulan anggaran dalam RM1800 ; susu mak, pampers, transport ke hospital, liquid oxygen, dan cream mak. Yang liquid oxygen tu mak saya kena pakai 24 jam. Dia ada pakai tong oxygen daripada hospital cuma liquid sahaja kena tambah. Kalau transport pergi checkup mak saya, suami akan hantar dan jarak rumah ke hospital dalam setengah jam dan minyak dalam RM50 sehari pergi balik. Mak saya ada pakai pampers size L dan 3 hari kena beli 2 packet pampers. Saya tak boleh nak bekerja sebab dua hari sekali kena bawak mak ke hospital dan anak saya juga pergi sekolah tadika.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.