Assalamualaikum, nama saya Sabariah. Saya merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Saya hidup seorang bersama anak-anak sahaja kerana suami saya di penjara selama 40 tahun bersamaan 24 sebatan atas kes merogol. Sekarang ini saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan yang tidak menentu, anggaran pendapatan sebulan hanyalah RM450 sahaja. Saya perlu menanggung lagi dua anak yang berumur 13 tahun dan 14 tahun yang masih bersekolah. Seorang anak saya yang berumur 22 tahun pula bekerja di kampung untuk kutip buah sawit tetapi kerjanya juga tidak tetap, ada gaji sekiranya ada orang panggil bekerja, anggaran pendapatan hanyalah RM350 sahaja. Yang berumur 20 tahun tidak bekerja kerana ic hilang jadi saya tiada duit untuk buatkan dia ic baharu. Saya amat memerlukan bantuan untuk membayar bil api dan air yang sudah lama tertunggak sebanyak RM1600. Saya memerlukan bantuan sara hidup untuk beli barang dapur dan kos anak-anak sekolah. Buat pengetahun cik, saya menikah dengan suami di Thailand, jadi setelah dia ditangkap, saya ingin memohon cerai dan saya call pejabat di Thailand kata saya perlu membayar kos surat cerai sebanyak RM800. Saya berharap sangat tuan dan puan boleh bantu saya. Terima kasih.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.