DISERANG ANGIN AHMAR DAN ANAK OKU FIZIKAL


DISERANG ANGIN AHMAR DAN ANAK OKU FIZIKAL


MarhaenMY - YAAKOB BIN HAMID
Hulu Langat, Selangor
Published: Aug 23, 2022
38.58%
RM 1,929.00 RM 5,000.00


307.1
Baki Lot Diperlukan
192.9
Lot Telah Terbeli
96
Penyumbang
1,670
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
500 Lot Ditawarkan

Sembilan tahun lalu Puan Zawani diuji apabila suaminya Encik Yaakob diserang angin ahmar menyebabkan separuh badan tidak boleh bergerak. Suri rumah tersebut hilang punca pendapatan apabila suaminya tidak lagi berkudrat untuk menyara keluarga. Dugaan semakin berat apabila anak keempat mereka, Muhammad Hiqbal, 19, pula hilang keupayaan fizikal apabila kedua-dua belah kakinya tidak boleh bergerak akibat kemalangan motosikal pada 2020. Keadaan itu menambah sulit buat dia yang mempunyai 8 cahaya mata itu kerana satu-satunya sumber pendapatan tetap yang ada ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 yang diberikan kepada Muhammad Hiqbal. Mereka pernah terputus bekalan makanan selama dua minggu kerana ketiadaan wang. Selain daripada bantuan masjid, adik-beradik dan jiran-jiran turut menjadi tempat bergantung. Bantuan zakat sebanyak RM700 yang diterima sebelum ini terhenti sejak awal tahun lalu kerana kelewatannya membuat kemas kini.

Sekarang suaminya sudah okay cuma susah nak bercakap dengan orang. Lidah dia macam kelu untuk bercakap satu-satu ayat, kadang-kadang tak lepas. Separuh badan sebelah kanan dia memang tak kuat sangat. Kadang-kadang dia usaha juga buat kerja rumah, mesin rumput tapi tak kuat macam dulu. Bukan anak-anaknya tidak membantu, tetapi pendapatan mereka juga sekadar mampu menyara diri sendiri. Puan Zawani juga perlu menambah perbelanjaan untuk menyediakan lampin pakai buang Muhammad Hiqbal mencecah sehingga RM1,500 sebulan. Beban berganda apabila Zawani terpaksa menanggung hutang bil elektrik sebanyak 3k. Rumah pusaka peninggalan arwah ibu puan Zawani menjadi tempat berteduh buat 10 beranak itu. Setiap kali hujan lebat, baldi terpaksa digunakan untuk menadah air kerana keadaan atap yang sudah bocor. Mereka sekeluarga terpaksa tinggal di rumah itu kerana tiada pilihan lain. Kadang malam bocor, nak bertadah sana, bertadah sini. Kalau hujan lebat sangat tempias masuk, dan dinding pun sudah reput.

 

Update 28 / 09 / 2022

Dulu zakat selalu bayarkan bil tapi sekarang dah tak. Zakat yang kami tak dapat lepas tak kemas kini sekarang nama saya dah okay dan bayaran zakat dapat disambung balik. Dan kami dapat RM600. Umur anak-anak saya no 1 (29), 2 (27), 3 (22), 4 (19), 5 (17), 6 (15), 7 (13), 8 (6). Anak sulung kerja biasa sahaja (online barang spare part motor) , anak no 2 perempuan tak bekerja (kahwin), anak no 3 (kelendan lori) dan anak no 4 (oku) dan yang lain masih sekolah. Anak2 ada juga tolong bantu saya sikit2 kalau ada duit.

 

Update 6 / 12 / 2022

1. Boleh tahu bila duit last masuk dalam account tuan/puan? Tak termasuk dana daripada MarhaenMY. Dengan keadaan kewangan yang sedia ada sekarang ni, family makan apa untuk survive? Apa makanan last yang family makan? Dana yang dapat daripada MarhaenMY dapat membantu meringankan beban tuan/puan sekeluarga tak?

Last dana MarhaenMY masuk RM7.50. Yang saya perlukan cuma duit TNB yang dah tertunggak sebanyak RM3000. Kalau dapat bayar separuh pun takpe lah ringan sikit beban kami. Ni sekarang pun kami tengah kesempitan duit. Beras pun tak ada, kami dapat beli yang 5kg sahaja untuk seminggu. Telur pun susah nak dapat sekarang ni. Cuma kalau ada pun 10 biji saja yang dapat. Saya ada dapat juga bantuan BKM. Bantuan tu lepas untuk saya bayar bil2 air, astro, wifi dan duit belanja dapur. Cuma saya dapat bantuan dari orang ramai yang sebelum saya dapat bantuan dari marhaen. Itu bantuan dari orang ramai yang saya masuk dalam berita astro awani. Mengenai rumah saya yang uzur. Untuk bil TNB tu tertunggak banyak tu saya ada bayarlah sikit2 tapi tak banyaklah sebab saya banyak bayar hutang lain lagi. Anak saya yang bekerja cuma seorang je yang lain sekolah lagi. Saya banyak beli barang dapur je untuk buat lauk harian. Anak saya yang kerja kelindan ada tolong dan dia gaji tak banyak dalam RM1200 dan dia kena bayar motor dia. Anak sulung saya yang kerja online bisnes tu tinggal luar tak duduk sekali dengan kami dan jarang balik.

Read More



Updates




Update 28 / 02 / 2023

Selamat tengahari, keadaan kami macam biasa. Keadaan masih sempit jugak sebab tak lama lagi nak buka sekolah kan. Banyak nak pakai duit tengah pening jugak sebab budak2 sekarang dah makin membesarkan perbelanjaan pun dah lebih tak sama dengan keadaan dorang masa kecik dulu. Barang pun dah mahal. Kalau sehari dalam RM50 ringgit sehari tapi tak sampai malam selalu tak cukup kena pandai bahagikan kadang malam kami makan yang ringan2 buat cekodok tepung ke. Kalau makan dalam sehari tu tengok lah kalau berselera 3 kali boleh tambah. Anak saya lagi 3 orang bersekolah. Seorang baru habis spm, no 6 (16 tahun), No 7 (14 tahun), No.8 (7 tahun). Bantuan Zakat masih ada lagi cuma bantuan zakat lambt masuk bulan 1 dan bulan 2 tak masuk tapi bulan 3 baru masuk. Tu yang sakit sikit kena beli pampers. Satu kotak pampers untuk anak saya sulung OKU ni ada 8 bag 1 kotak harga dalam RM200, size XL, brand Tena yang sesuai.  Suami saya masih dalam keadaan sama dan dia baru ambik darah sebab bulan depan kena jumpa doktor. Anak lelaki masih tak boleh jalan lagi kena buat fisio lagi, kami kalau bawak dia kena sediakan duit dulu dengan transport lagi sebab kami tak ada kenderaan. Kalau ikutkan kena setiap 2 minggu tapi kami pergi bila cukup duit. Kalau tak tangguh bulan lain. Hospital dari rumah satu jam setengah juga. Kalau ada duit, kami sewa kereta. Sewa satu hari dalam RM150. Rumah kami pulak ada bocor lagi dan masih menunggu jawapan dari pejabat tanah untuk buat rumah pprt tapi masih belum ada jawapan. Kami hidup memang daripada bantuan Zakat ni sahaja.

Read More



Recent Contribution
Amirah  RM10.00
Top Contribution
Idris  RM120.00
First Contribution
Maz  RM20.00

307.1

Baki Lot Diperlukan

192.9

Lot Telah Terbeli

96

Penyumbang

1,670

Pengunjung
Recent Contribution
Amirah  RM10.00
Top Contribution
Idris  RM120.00
First Contribution
Maz  RM20.00

Kempen Lain