Everyday akan ada individu yang mengubungi kami melalui telefon atau aplikasi whatsapp, memohon bantuan untuk pelbagai tujuan. Kebanyakkannya bertujuan untuk menampung makan minum harian, menampung kos perubatan ahli keluarga, bantuan rawatan dan lain-lain.
Dalam memasuki hari-hari awal Ramadhan yang akan datang beberapa hari lagi, kami ingin memastikan semua orang berpeluang merasai nikmat bulan yang mulia ini. Tidak dinafikan, akan ada juga golongan yang diberi pelbagai ujian semasa menempuhi bulan Ramadhan ini. Oleh itu, kami di MarhaenMY ingin mengumpulkan dana khas untuk memastikan golongan-golongan yang sedang menghadapi ujian ini tetap mengukir senyuman walaupun sedang menanggung keperitan dalam menempuhi ujian dalam kehidupan mereka.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.