Semenjak Covid-19 melanda negara, ramai pihak telah merasai keperitan dalam menjalani kehidupan masing-masing. Ada yang telah dibuang kerja, dan ada juga graduan baru yang masih lagi mencari kerja. Akan tetapi, ramai yang tidak sedar yang kita masih ada peluang untuk mencari kerja menerusi “Gig Economy” atau pekerjaan digital yang menggunakan smartphone atau laptop.
Justeru, kami berhasrat untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, graduan atau penganggur untuk mendapatkan latihan daripada instituti kami, TheKedua Academy. Peserta akan dilatih untuk mendapatkan pekerjaan menerusi "Gig Economy Platforms" yang wujud di luar sana, seperti GoGet, Freelancer, Upwork, Foodpanda dan sebagainya. Kami mensasarkan untuk melatih seramai 2,000 peserta di Malaysia.
Program latihan ini akan dilakukan secara online selama 4 jam yang merangkumi pelbagai topik yang berimpak tinggi untuk peserta seperti tertera di bawah:
✅ Apakah pekerjaan digital?
✅ Bagaimana gig economy berfungsi?
✅ Trend syarikat korporat mengupah pekerja gig.
✅ Apakah ciri-ciri gig economy platform?
✅ Perbezaan pekerjaan gig VS pekerjaan tradisional?
✅ Apakah kebaikan dan keburukan pekerjaan gig ini?
✅ Bagaimana nak mengelak “job scammers”?
✅ Gig platform apa yang wujud di Malaysia?
✅ Bagaimana nak mencari gig platform ini?
✅ Bagaimana nak sign up dan mula bekerja?
✅ Skills apakah yang diperlukan untuk bekerja?
✅ Dan yang lain-lain lagi.
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh emailkan kepada kami, hello@thekedua.com atau layari website kami di www.thekedua.com.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.