Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Muhamad Ummar Mateen Muhamad Azlan kini terpaksa menjadikan Hospital Pulau Pinang (HPP) sebagai rumah kedua buat keluarganya selepas disahkan menghidap kanser darah (Mixed Phenotype Acute Leukemia) lapan bulan lalu. Ibunya, Noor Shawani Zainol, 32, berkata, mereka sekeluarga terpaksa berkorban tenaga dan masa berulang alik dari Gurun, Kedah ke HPP semata-mata untuk mendapatkan rawatan khusus buat anaknya itu. “Sejak Januari hingga sekarang, saya tidak dapat kira berapa kali kami perlu berulang-alik sebab memang terlalu banyak masa dihabiskan di wad kanak-kanak di HPP.
“Saya hanya mengharapkan anak saya kembali sembuh dan mahu mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati kanser yang dihidapinya,” katanya di sini hari ini. Beritahu ibu kepada dua orang anak itu, sebelum disahkan menghidap kanser, Muhamad Ummar sering diserang demam yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia kurang aktif. Ceritanya lagi, anaknya itu perlu menunggu bilangan platelet darah melangkaui aras 100 sebelum dibenar memberikan ubat pencair darah. Dalam pada itu, Noor Shawani yang merupakan seorang suri rumah berkata, pada masa ini suaminya, Muhamad Azlan Omar Baki, 36, yang bekerja sebagai mekanik terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi meneruskan rawatan anaknya di HPP. Kredit : Penulisan Kosmo
Untuk makluman. Anak saya Muhamad Ummar Mateen sudah kembali ke Rahmatullah pada 29 / 8 / 22. Dia dikebumikan di kampung Buluh 5 Dalam, Kota Sarang Semut. Dia kena kanser sejak umur 1 tahun 11 bulan dan diagnose 18 / 1 / 22. Kami cuma ikut rawatan kimoterapi di GH Pulau Pinang.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.